Ambang Merdeka Motosikal Ride
Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) akan menganjurkan program ‘Ambang Merdeka Motosikal Ride’ pada 30 Ogos ini.
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO Ahmad Hazil Abd Lateff berkata menerusi program itu, peserta akan berhimpun di Megan Avenue II, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini pada pukul 8.00 pagi, sebelum berkonvoi menaiki motosikal sehingga ke Excel Training Resort, Broga, Semenyih di Selangor pada tengah harinya, sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Selain itu menurutnya KOPETRO juga akan menganjurkan peraduan ‘Merdeka Contest’ yang terbuka kepada orang ramai bermula dari 7 hingga 31 Ogos ini. Peraduan itu hanya memerlukan peserta membeli produk LengQuas bernilai RM50 ke atas dan berkongsi gambar produk itu di Instagram atau Facebook dengan menggunakan kapsyen (caption) ‘Merdeka’ yang menarik.
“Selain itu, satu program khidmat masyarakat bagi membantu bekas pejuang negara meneruskan kehidupan mereka juga bakal diadakan,” katanya. — BERNAMA