Alah Membeli, Menang Memakai Dengan Getah Penebat Suspensi Ariete

Kesempurnaan Ariete
Ariete Fork Oil Seals adalah produk terbaik yang ada di pasaran dan ini disokong dengan kualiti material yang digunakan serta perhatian yang diberikan terhadap setiap perincian dalam kerja-kerja penghasilan dan juga rekaannya.

Terdapat lebih 170 saiz berbeza dalam rangkaian ARI ini. Merangkumi lebih 35,000 model motosikal dengan kedua-dua fork atas bawah dan tradisional. Ariete juga menawarkan penutup untuk fork teleskopik klasik tahun 1960-an yang diperluaskan menerusi fork udara yang biasa digunakan atas jalan biasa dan jalan lasak.

Ariete : Pencetus Evolusi Dengan Pengalaman Itali
Kualiti yang sesuai dengan keunikan bahan yang digunakan; carboxylated elastomer dikenali sebagai XNBR. Kompaun ini menawarkan karater unik tahan lelasan hingga suhu yang tinggi dan pelincir kompleks dengan pelbagai bahan tambahan yang sering digunakan fork moden untuk motosikal dan skuter.

Pergerakan tiub fork berulang terhadap penebat suspensi sehingga ke tahap lelasan yang ketara, dirumitkan lagi oleh haba yang dihasilkan akibat anjakan hidraulik dalam fork. Ini ditambah pula dengan geseran beberapa komponen lain yang terlibat. Pemakaian mekanikal ini menyebabkan getah lebih cepat haus yang turut bertindak balas secara kimia dengan bahan tambahan dalam minyak pelincir.

Lazimnya, penutup minyak dihasilkan dari getah nitril dikenali sebagai NBR yang sering digunakan kerana murah, bekalan yang banyak dan bukan kerana ia bahan yang terbaik. Kumpulan teknikal Ariete telah mengumpulkan pengalaman 60 tahun dalam industri getah dan mendedikasikan bertahun-tahun lama untuk mencari bahan yang lebih baik untuk penghasilan getah penebat suspensi.

Menurut Ariete, carboxylated elastomer (XNBR) mempunyai beberapa kelebihan berbanding NBR. Walaupun kos penghasilan XNBR hampir dua kali ganda dari NBR, teknologi cemerlang yang digunakan untuk menghasilkan penutup minyak ini membolehkan Ariete menawarkannya di pasaran pada harga kompetitif. Secara tidak langsung, pengguna Ariete dapat menikmati kelebihan produk berkualiti tinggi yang memenuhi kepuasan serta keperluan pada harga yang kompetitif.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut dan berminat dengan produk keluaran Ariete, sila hubungi;
South East Asia Auto Parts Sdn. Bhd
Lot 6 & 8, Jalan Segambut Pusat,
Segambut,
51200 Kuala Lumpur.
Tel : +603 – 6250 3411 / +603 – 6250 1536
Emel : enquiry@seaap.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/seaapsb

atau

No.5, Jalan Ekoperniagaan 1/23,
Taman Ekoperniagaan,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim.
Tel : +607 – 512 2596