Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Selatan) pada 20 dan 21 Julai lalu menyaksikan persaingan sengit khususnya dalam kategori CP150. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz mengesahkan kemenangan bagi Pusingan 5 musim ini.
Terlebih dahulu, Md Akid Aziz telah mencatatkan masa terpantas 1’15:44s semasa sesi Super-Pole, sekali gus mengambil kedudukan grid pertama perlumbaan akhir. Di grip kedua adalah pelumba HONDA ESTREMO YUZY RACING, Azroy Hakeem Anuar yang mencatat masa terpantas 1’16:298s diikuti Md Hafiza Rofa dari ONEXOX TKKR RACING TEAM dengan catatan masa 1’16:623s di petak ketiga.
Permulaan perlumbaan akhir, menyaksikan Akid dan Afif dengan pantas mengambil kedudukan hadapan diikuti oleh Azroy Hakeem Anuar dari HONDA ESTREMO YUZY RACING. Memasuki pusingan ke-3, sementara Akid konsisten di P1, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dari HONDA ESTREMO YUZY RACING yang berada di P2 diekori rapat oleh Nazirul Izzat Md Bahauddin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR.
Pada pusingan ke-5, Azroy berjaya menempatkan diri di P2, manakala di belakangnya rakan sepasukan Syazras. Pada pusingan terakhir, kemahiran luar biasa Akid menyaksikannya berada dalam hampir 8 saat di hadapan Azroy di P2. Akid memenangi perlumbaan dengan catatan masa 13’55:159s. Azroy di tempat kedua dengan catatan masa 14’03:852s. Di tempat ketiga adalah Syazras dengan catatan masa 14’04:498s.
Izam Menang CP125
Sementara itu, di kategori CP125, pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, Md Izam Ikmal Izamli muncul pemenang dalam perlumbaan pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Selatan).
Semasa sesi “Shoot Out” telah menempatkan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Md Syamil Amsyar Md Iffende di petak grid pertama selepas mencatatkan masa terpantas pada 1’20:152s. Pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, Md Izam Ikmal Izamli yang mencatat 1’20:296s bermula di petak grid kedua, dan rakan sepasukannya, Md Firdaus Md Hamdan di petak ketiga pada 1’20:426s.
Perlumbaan bermula dengan Syamil mendahului perlumbaan dengan Md Afizi Supaat dari ONEXOX TKKR RACING TEAM mengekori di belakang dan Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING. Md Firdaus tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana terjatuh di awal perlumbaan.
Persaingan semakin sengit dengan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Md Adie Putra Sukarno berjaya memintas Syamil untuk mengetuai kumpulan di P1 pada pusingan ke-4. Syamil merampas P1 pada pusingan ke-5. Di P3, Izam mengekori 2 pelumba di hadapannya. Pada pusingan ke-7, Md Shafiq Ezzariq dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM yang berada dalam kelompok belakang terus memecut dan berjaya memintas semua pelumba untuk berada di P1.
Pada pusingan terakhir, Izam meningkatkan pecutannya sekaligus berjaya melepasi garisan penamat pada 11’02:110s untuk memenangi perlumbaan. Tempat kedua jatuh ke tangan Adie dengan catatan masa 11’02:293s. Syamil pula mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 11’02:305s.
Farres Bangkit Di Sepang
Sementara itu, perlumbaan kategori Wira KBS turut menyaksikan persaingan sengit pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Farres Putra Md Fadhill melakukan kebangkitan di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Selatan) pada pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.
Perlumbaan bermula dengan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Farres Putra Md Fadhill di petak grid pertama selepas mencatatkan masa terpantas 1’22:278s di sesi kelayakan semalam. Di petak grid kedua adalah pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam yang mencatat 1’22:754s diikuti rakan sepasukan Farres, Raiyan Khardanee Md Sanusi pada 1’23:052s.
Sejurus perlumbaan bermula, Farres memecut ke hadapan untuk mengetuai kumpulan, di belakangnya adalah Adib dan pelumba Shahzureen Que Absyar Md Khairulnizam YAMAHA SGR WINBOX KM+ AXLA mencari ruang untuk memintasnya.
Kehangatan semakin meningkat menyaksikan dua pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Raiyan dan Md Aiman Md Hafis dari BROTHERS 7 TECH RACING yang berjaya memecut ke P2 dan P3 saling memintas dalam perebutan kedudukan P2, manakala Farres konsisten di P1. Adib tidak menamatkan perlumbaan susulan berdepan masalah jentera.
Farres memenangi perlumbaan pada 9’51:252s. Aiman akur di tempat kedua dengan catatan masa 9’51:739s.
Iman mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 9’53:491s.
Top 5 Terpantas
CP150
1. Md Akid Aziz – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (13’55:159s)
2. Azroy Hakeem Anuar – HONDA ESTREMO YUZY RACING (14’03:852s)
3. Shahrol Syazras Shahrol Yuzy – HONDA ESTREMO YUZY RACING (14’04:498s)
CP125
1. Md Izam Ikmal Izamli – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (11’02:110)
2. Md Adie Putra Sukarno – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (11’02:293s)
3. Md Syamil Amsyar Md Iffende – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (11’02:305s)
Wira KBS
1. Farres Putra Md Fadhil – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (9’51:292s)
2. Md Aiman Md Hafis – BROTHERS 7 TECH RACING (9’51:739s)
3. Md Iman Fahmi Senin – WINBOX KM+ AXLA (9’53:491s)