Sasar Capai Impian New York Bebas Pelepasan Asap, Bagaimana Pula Dengan Malaysia?

Baru-baru ini, Gabenor New York iaitu Kathy Hochul telah mengumumkan undang-undang baharu yang ditandatangani untuk menjadikan New York bebas-pelepasan asap pada tahun 2035. Menurut rang undang-undang tersebut, semua kereta penumpang dan trak yang dijual di New York harus memenuhi kriteria bebas-pelepasan asap menjela

ng tahun 2035.

 

Bukan itu sahaja, semua kenderaan dan kelengkapan yang dijual di New York perlu mematuhi keperluan ini. Namun kenderaan berat mempunyai tempoh yang lebih panjang iaitu pada tahun 2045. Dalam masa yang sama, gabenor turut mengarahkan Department of Environmental Conservation (Jabatan Pemerhati Alam Sekitar) untuk menyiarkan cadangan regulasi untuk mengurangkan pengeluaran asap pencemaran dari trak.

Namun begitu, ia tidak menyebut secara spesifik tentang motosikal, skuter atau kenderaan dua roda lain setakat hari semalam. Menurut RideApart, segala persoalan yang berkaitan dengan undang-undang baharu ini yang melibatkan tentang motosikal akan diberitahu kelak.

Undang-undang untuk mematuhi keperluan ini bukan sahaja dilakukan di New York malah telah dibincangkan di bahagian Eropah juga. Ini kerana kesan dari perubahan iklim yang sukar untuk dinafikan. Usaha ini bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi amat dinanti-nantikan oleh ramai pihak. Setakat ini, hanya New York dan California yang mengambil usaha ini untuk mencapai bebas-pelepasan asap.

Mungkinkah undang-undang yang sama akan diperkenalkan di Malaysia? Kalau ya, bila ia bakal dilaksanakan?

Sumber : Rideapart