Versi Terbaharu NMAX 125 Tiba Di Pasaran Jepun

Yamaha memperkenalkan skuter maxi NMAX 125 yang telah dikemaskini di pasaran Jepun. Dipasarkan di seluruh dunia, NMAX menjadi pengangkutan yang digemari khususnya di kalangan peminat skuter kerana prestasi, harga mampu milik dan juga dilengkapi dengan ciri-ciri premium.

Bagi model 2021, Yamaha telah memberikan beberapa kemaskini baharu ke atas NMAX 125 ini dari penampilan dan juga prestasi.

Dilaporkan, NMAX 125 akan berada di setiap bilik pameran di Jepun bermula dari 28 Jun, 2021.

Sumber : Rideapart