Tidak Sempurna Tapi Masih Mampu Menyembunyikan ‘Kelemahannya’

Bagi sebuah motosikal yang telah pun mengembara sejauh 60,000km, BMW R50/2 ini kelihatan sangat bersih dan kemas. Lebih dari sedekad sejak peninggalan Jerman ini jatuh ke tangan pemiliknya sekarang, beberapa kerja penyelenggaraan telah dilakukan sepanjang waktu itu.

Jika dilihat dengan teliti, powerplant 2-silinder ini telah dibersihkan pada tahun 2015 yang lalu, manakala penyerap hentak aslinya digantikan dengan barang yang lebih baru selepas itu. Lebih kurang setahun yang lalu, BMW ini telah menerima pemegang bar yang rendah aftermarket, tuas kawalan yang berjiwa muda dan pemantul lampu hadapan baharu serta dilengkapi dengan kanta lampu belakang.

Dalam kerangkanya tersimpan enjin kotak kembar penyejuk udara R50/2 yang disambungkan dengan transmisi 4-kelajuan dan klac kering. Motor 4-lejang ini turut didatangkan dengan dwi-karburator Bing, dua injap kendalian tolak bagi setiap silinder dan juga nisbah mampatan 6.8:1.

BMW ini menghasilkan 26hp sekitar 5,800rpm dan mampu mencecah kelajuan tertinggi 87 mph (140 kp/j). Manakala untuk tugas pemberhentian pula dikendalikan oleh brek dram dupleks di bahagian hadapan dan unit simpleks di bahagian belakang dan kedua-duanya berukuran 200 mm (7.9 inci) diameter.

Menurut laporan Autoevolution, motor antik ini bakal dilelong menerusi laman Bring a Trailer. Agak-agak, berapa harga orang sanggup bayar untuk motor antik dan unik tahun 1964 ini?

Sumber : Autoevolution