Kembara Ejatt-Adi-Murz atau Ride KeJAM ke 1000 korner (Mae Hong Son) dan seterusnya ke Border China (Laos) ini merupakan misi anak muda secara trio yang berbekalkan semangat tinggi anak muda. Tanpa pengetahuan dari segi komunikasi dan geografi, tidak mematahkan semangat untuk melakukan perkara yang amat mencabar minda dan fizikal. Ahli kumpulan Northern Versys Owners Group (NVOG & Friends) berazam agar dapat menyahut cabaran ini dengan jayanya. Setelah sebulan membuat segala persiapan dari segi motosikal dan juga dokumentasi perjalanan akhirnya, pada 25 September lalu, bermulanya episod pengembaraan Ride Kejam ke destinasi.
Hari Pertama
– bertolak pada 10 pagi dari pekan Dannok menuju ke Prapchuap Khiri Khan.
– jarak perjalanan hampir mencecah 712 KM dalam masa lebih kurang 10 jam untuk sampai ke destinasi
– hujan sepanjang jalan tapi perjalanan tetap diteruskan dan tiba dengan selamat di pekan kecil di Prapchuap Khiri Khan.
Hari Kedua
– bersarapan pagi seawal 8 dan bergerak ke destinasi seterusnya, Khanananburi
– anggaran perjalanan sejauh 317KM dan tiada sebarang masalah cuma bergerak perlahan kerana pembinaan jalan raya
– 9 jam di atas motosikal sebelum tiba ke penginapan di River Kwai Resort
Hari Ketiga
– melawat tempat peranginan menarik seperti LHM Motorycle Museum dan Jambatan Kwai Keretapi Maut (Dead Railway)
– Perjalanan diteruskan ke Mae Sod dengan jarak perjalanan sejauh 544km dan mengambil masa selama 9 jam.
– Menginap di Mae Sod semalaman di Hip Inn. Perjalanan hari ini amat meletihkan.
Hari Keempat
– perjalanan diteruskan menuju Mae Sod Boundry Post Thailand / Myanmar dan seterusnya ke Mae Hong Son 1000 corner.
– perjalanan sejauh 415km tidak mendatangkan masalah dan setiap selekoh di 1000 korner berjaya diambil tanpa halangan. – menginap di MHS Hotel di Mae Hng Son.
Hari Kelima
– setelah sarapan dan mengambil sijil perjalanan di persuruhanjaya MHS, perjalanan diteruskan ke Pai sejauh 124km.
– singgah di perkampungan orang Asli Long Neck Karen untuk sesi bergambar.
– Tiba di Pai pada pukul 4 petang dan ke Pai In-Town Hotel yang diuruskan oleh muslim berasal dari Pattani
– banyak tempat menarik di Pai terutamanya Nigh Market yang sangat unik.
Hari Keenam
– bergerak menuju Mae Sai Town yang teletak sejauh 330km dengan jarak perjalanan 8 jam.
– pemandangan indah sepanjang perjalanan, bentuk muka bumi semulajadi sebelum tiba di Golden Triangle Park.
– 3 buah negara Thailand – Laos – Mynamar bertemu di sini.
Hari Ketujuh
– dari Mae Sai di Thailand menuju ke Luang Namtha, Laos dengan jarak perjalanan sejauh 268km
– urusan di sempadan menyulitkan tapi berjalan lancar, bergerak dari sempadan di waktu senja dan mencari tempat penginapan sejauh 30km.
– perjalanan mencabar kerana hujan lebat, jalan kurang memuaskan dan jentera berat. Tiba dan menginap di pekan kecil
Hari Kelapan
– perjalanan diteruskan ke sempadan China yang teletak bersebelahan pekan Luang Namtha.
– tiba di KM0 Border China menandakan misi kembara Ride Kejam (Kembara Ejatt-Adi-Murz) berakhir dengan jayanya.
– Syukur dapat sampai ke destinasi yang menjadi pujaan ramai bikers. Mengambil beberapa keping gambar kenangan
– Brpatah balik dari Luang Namtha menuju ke Chiang Mai dengan jarak perjalanan sejauh 557km.
Hari Kesembilan
– Di Chiang Mai, singgah di Sangchai Turakit Yarnyon Kawasaki servis center untuk servis jentera yang mengalami sedikit kerosakan sebelum meneruskan perjalanan dari Chiang Mai menuju ke Uthai Thani dengan jarak perjalanan 516km.
– Selama 12 jam di atas motor dengan perasaan gembira kerana menuju jalan pulang dengan misi terlaksana.
Hari kesepuluh
– perjalanan diteruskan semula ke PrapChuap Khiri Khan dengan jarak perjalanan sejauh 499km dan 12 jam perjalanan.
Hari kesebelas
– Hari terakhir di Thailand, bermula dari PrapChuap Khiri Khan dan menempuh sejauh 700km menuju ke Pekan Dannok.
– Setelah 12 jam perjalanan bermula dari 8 pagi, tiba dengan selamat di Pekan Dannok pada pukul 8 malam waktu Malaysia.
Misi kembara Ejatt-Adi-Murz (Ride KEJAM 2016) berjaya disempurnakan dan para peserta mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kelab NVOG & Friends dan bikers yang membantu dalam mencapai misi ini. Banyak kenangan pahit manis semasa 11 hari di perantauan mengajar erti kehidupan dan menjadi memori yang terindah.