Throwback : Peluang Untuk Bikers Berkongsi Pengalaman Dan Menjana Ekonomi Penduduk Tempatan

Dianjurkan sempena Karnival Anak Muda Pekan, Pekan Bike Meet ini berlangsung di lokasi yang sama iaitu di Taman Tasik Sultan Abu Bakar Pekan, Pekan Bike Meet ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Pekan dengan kerjasama Pekan Bikers dan bertemakan Bikers Negaraku, Sehati Sejiwa.

Menghimpunkan para penunggang motosikal dari semua kategori sama ada kecil mahupun berkuasa tinggi dari seluruh negara serta negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Diadakan selama 3 hari bersempena bulan kemerdekaan, Pekan Bike Meet memberi peluang kepada bikers untuk berkongsi pengalaman dan dalam masa yang sama menjana ekonomi penduduk tempatan.

Dianggarkan seramai lebih 30,000 orang telah mengunjungi Pekan Bike Meet dan berpeluang menyaksikan para penggiat, peminat dan dunia permotoran dengan lebih dekat lagi. Pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang berlangsungnya Pekan Bike Meet ini termasuk Job street, Mini Maha, RC Boat Race, Pertandingan Memancing, Bola Jaring, Liga Sepakan Penalti, Pertandingan Mewarna, Fun Ride, Battle Of The Bands, Car Boot Sale, Food Truck, Lucky Draw, Sukan Rakyat dan bermacam lagi sempena Karnival Anak Muda Pekan 2017.