Throwback : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Bedaya, Kulim Kedah

Kedatangan bulan Ramadan lalu pasti meninggalkan kenangan pahit dan manis untuk umat Islam seluruhnya dalam melaksanakan rukun Islam yang ketiga itu. Kesempatan ini digunakan Kelab Permotoran Malaysia untuk berkongsi kemeriahan dan mengimarahkan bulan Ramadan dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Bedaya yang terletak di Kulim, Kedah.

Dianjurkan oleh Kelab Motosikal R25 Owner Bikers (R.O.B) dan Kelab Kereta Proton Saga BLM Owner Club (PROSBOC), program ini menerima sambutan yang amat baik. Majlis berbuka puasa yang meraikan seramai 57 anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Bedaya ini turut menerima kerjasama Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd dan Rakan Belia Pulau Pinang.

Sambutan kali ini amat luar biasa kerana telah menggabungkan sahabat-sahabat permotoran dari kelab kereta dan kelab motosikal, seterusnya berjaya mengumpulkan sumbangan dan keperluan amat menggalakkan. Dalam masa yang sama, para peserta juga dapat mendekati dan menyelami hati serta perasaan anak-anak ini. Menurut beliau lagi, aktiviti seperti ini akan diteruskan di masa akan datang dan sama-sama berganding bahu atas minat yang sama dalam dunia permotoran.