Terbaharu Dari Kawasaki, Tiba Di Pasaran

Pertama kali Kawasaki Z1 Super Four yang asal adalah pada tahun 1972, ‘kelahiran’ semula terbaharu Z900RS ini bakal dikeluarkan dalam edisi SE yang ditawarkan dengan warna Yellow Ball serta beberapa spesifikasi paling bagus dalam barisan khazanah Modern Classic.

Bukan sahaja gaya yang telah diperbaharui, variasi terbaharu popular untuk tema Z900RS ini juga diberikan sentuhan modifikasi dan juga spesifikasi tambahan agar model SE ini terus kekal di kalangan para peminatnya – ini termasuklah kemaskini terhadap komponen brek dan juga suspensi.

Dilengkapi dengan penyerap hentak belakang Öhlins S46 yang boleh dilaraskan untuk pra-beban dan lantunan. Manakala di bahagian hadapan pula dipadankan dengan fork USD 41mm berwarna emas. Bagi sistem brek pula, ia didatangkan dengan tetapan cakera depan berkembar dengan angkup 4 piston di depan dan tetapan cakera tunggal di belakang.

Kawasaki mengharapkan, penampilan terbaharu Z900RS SE ini berjaya memikat peminat khususnya peminat tegar Z1 dan dalam masa yang sama, peminat motosikal retro-sport. Warna ‘Yellow Ball’ sangat dikenali sebagai gaya klasik. Semoga ia juga berjaya menambat hati peminat motosikal klasik moden seterusnya meneruskan lagi khazanah berdekad barisan Z.

Sumber : Visordown