Tayar merupakan komponen paling penting dan dititik beratkan sama ada pengilang mahupun pengguna motosikal hari ini. Tidak hairanlah, terdapat pelbagai pilihan tayar bermula dari jenis ekonomi sehinggalah model paling premium. Terbaharu, Kingstone memperkenalkan dua model tayar jenis ekonomi iaitu model 100 dan model 119. Untuk model Kingstone 100, corak bunganya terlihat hampir sama dengan kebanyakan tayar jenama popular sedikit masa dahulu.
Untuk makluman, Kingstone model 100 digunakan bagi aktiviti lasak dan kekerapan yang digunakan. Tayar jenis ini juga dilihat cukup lasak dan tahan bagi menghadapi semua jenis keadaan jalan raya sama ada panas, hujan mahupun bagi mereka yang suka mengambil selekoh.
Bagi pemilik motosikal hari ini, tayar jenis ini digelar dua alam kerana ia boleh digunakan sama ada di jalan raya biasa dan cukup stabil ketika berjalan dipermukaan berpasir. Kebiasaanya tayar ini cukup ekonomi bagi mereka yang menggunakan pengangkutan dua roda untuk jangka masa yang lama. Malah, dari segi jangka hayat pula, corak bunga tayar model 100 dilihat tahan agak lama dan purata jangka hayatnya bermula dari 7 hingga 10 bulan – bergantung kekerapan yang digunakan.
Untuk bunga tayar model 100 ini, ia agak sesuai untuk kegunaan harian sementara di waktu kecemasan, tayar ini mampu menampung berat penunggang kerana dawai di bahagian dinding yang agak keras. Sementara bagi model 119, corak bunga tayar agak berbeza. Ia agak lembut berbanding model 100. Kebiasannya digunakan bagi jentera kapcai berprestasi tinggi seperti jentera 150cc.
Bunga tayar bagi model 119 ini mempunyai jalur di tengah sementara di kiri dan kanan terdapat lorekan bagi pembuangan air ketika meredah jalan raya yang basah. Sesuai untuk mereka yang mementingkan kelajuan dan melayan selekoh dengan penuh yakin.
Kedua-dua model (model 100 atau 119) ini, ditawarkan pada saiz 70/90-17 dan 80/90-17 dan bagi mereka yang berminat untuk menggunakan tayar jenama Kingstone, ada berita menarik menanti anda. Setiap pembelian sebiji tayar dari kedua-dua model terbaharu dari Kingstone, anda berpeluang mendapatkan cecair Quik Fix – cecair pintar yang membantu ketika anda bermasalah dengan tayar pancit sama ada bagi kegunaan tayar bertiub atau tanpa tiub.