Zontes merupakan salah satu jenama motosikal daripada negara China yang telah diekspot ke beberapa di dunia dan mendapat sanjungan serta penerimaan yang baik.Penulis pernah melawat kilang Guangdong Tayo yang berpengkalan di Guangzho, China. Guangdon Tayo merupakan pembuat motosikal jenama Zontes.
Apa yang membezakan Zontes dengan motosikal-motosikal China yang lain ialah penggunaan daya kreativiti serta kepakaran kejuruteraan mereka yang sendiri, berbanding dengan beberapa buah pengeluar negara itu yang menggunakan kepakaran atau komponen daripada luar, ataupun meniru rekabentuk pengeluar yang lain.
Oleh yang demikian, hampir kesemua komponen motosikal Zontes diperbuat di kilang sendiri. Rekabentuk motosikal mereka pula dibangunkan oleh bahagian kreativiti mereka sendiri. Selain daripada itu, Zontes dapat mengisi model-model mereka dengan lebih banyak ciri-ciri teknologi canggih berbanding dengan motosikal lain di dalam kelas yang sama.
Rekabentuk model M310 ini sangat unik daripada segi gaya futuristik. Bahagian depannya kelihatan seakan robot Transformer, manakala bahagian belakangnya diberikan bentuk yang mewah. Profil tepi motosikal ini menggunakan bentuk yang organik itu garisan-garisan yang beralun.
Skuter ini dilengkapi dengan sistem pantauan tekanan angin tayar (tyre pressure monitoring system atau TPMS). Ini mungkin julung-julung kalinya sebuah skuter dipasang dengan ciri tersebut. Selain daripada itu, ia menggunakan skrin TFT yang berwarna. Ciri hanya terdapat pada skuter BMW buat masa ini. Skrinnya juga boleh diubah kedudukannya untuk lebih rendah atau tinggi, bergantung kepada kesesuaian penunggang.
Enjinnya jenis satu-silinder dengan penyejukan cecair, berkapasiti 309cc. Ia menghasilkan kuasa maksimum yang tinggi iaitu sebanyak 32.8 hp, serta tork maksimum sebanyak 32 Nm. Enjin ini sebenarnya diadaptasi daripada enjin yang berada di dalam model-model 310 Zontes yang berada di dalam pasaran kini.
Kami telah mengajukan soalan kepada pihak Zontes Malaysia dan mereka berkata model M310 ini berkemungkinan besar akan dijual di Malaysia.
Sumber gambar: Zontes