Baru-baru ini, KTM telah melancarkan dua model yang dikemaskini iaitu RC390 dan RC125. Satu lagi motor KTM yang agak kecil berbanding RC390, turut ditawarkan dengan ciri-ciri terkini dan juga tampil lebih menarik. Motor supersport RC200 untuk tahun 2022 didatangkan dengan rekaan fairing baharu serta beberapa perubahan membuatkan ia tampil lebih moden. Berbanding siri RC generasi pertama yang mempunyai kapasiti tangki bahan api yang besar, kini ianya 3.6 galon.
Sepertimana motosikal lain, KTM RC200 juga dilengkapi dengan beberapa kemaskini. RC200 ini didatangkan dengan unit reflektor halogen yang boleh dianggap agak rendah berbanding set projektor berkembar yang ada pada model RC200 sedia ada. Jika RC390 dan 125 dilengkapi dengan kluster gauge TFT, RC200 menerima pemapar LCD backlit yang berkongsi bentuk dan saiz yang sama dengan gauge TFT seperti yang ada pada 390.
Selain itu, KTM juga memasangkan pemegang bar boleh laras yang sama pada 390 dan 125 ke atas RC200 ini. Penunggang boleh menetapkan ketinggian dan capaian yang sesuai dengan mereka. Tidak seperti 390, RC200 dipasangkan dengan fork terbalik tidak boleh laras dan penyerap hentak belakang tidak boleh laras.
Sebagaimana 390 dan 125, RC200 dilengkapi dengan sistem brek terkini yang lebih ringan, roda lebih ringan dan suspensi depan dan belakang WP APEX dikemaskini. Namun, enjin yang digunakan masih lagi sama dengan bersesaran 199.5ccs menghasilkan 25.4 hp. Boleh didapati dalam dua warna iaitu putih dan oren serta hitam dan oren.
Sumber : Rideapart