Tak Cukup Sekadar Obses, Kena Ambil Tahu Cara Penjagaan Tayar Motosikal

Hakikat. Penunggang motosikal memang obses dengan prestasi tayar tetapi ramai yang kurang ambil peduli tentang penjagaannya terutama sekali tentang tekanan angin dalam tayar.

Berbanding pengguna kenderaan lain, penunggang motosikal lebih bergantung kepada tekanan tayar kerana apa yang ada pada motosikal adalah dua tayar yang mengimbang dan membawa mereka bergerak ke hadapan. Andai kata tekanan angin dalam tayar salah dan tidak tepat, maka pengendalian motosikal juga akan menjadi masalah atau pun boleh jadi lebih teruk dari itu.

Berikut, lima tips penting tentang penjagaan angin dalam tayar motosikal.

Terlalu Rendah, Terlalu Tinggi
Tayar yang mempunyai inflasi tekanan angin yang terlalu rendah boleh menyebabkan tapaknya mengembang. Apabila ini berlaku, ia akan menyebabkan beberapa kesan seperti berikut;

Sekiranya inflasi yang berlebihan, maka anda berhadapan dengan masalah yang lain pula kerana tapak tayar akan menjadi lebih kecil;

Kerap Periksa Tekanan Angin
Nampak macam perkara biasa dan remeh untuk disebut, namun ramai penunggang motosikal lalai dan tidak melakukannya. Lazimnya, bila rim dan tayar dah rosak baru terhegeh-hegeh nak periksa tetapi semua itu sudah terlambat.

Periksa tekanan angin dalam tayar untuk memudahkan anda mengesan sekiranya ada kebocoran. Lebih baik dari anda menyedarinya ketika sedang menunggang. Memeriksa tekanan angin dalam tayar lebih mudah sekiranya motor dilengkapi dengan sistem pengawasan tekanan tayar (TPMS – tyre pressure monitoring system). Walaupun menggunakan sistem ini, anda perlu memantau info yang dinyatakan setiap kali sebelum memulakan perjalanan.

Sekurang-kurangnya, periksa tekanan angin dalam tayar dua kali seminggu. Sekiranya anda mengembara, periksa keadaannya setiap hari.

Periksa Ketika Tayar Masih Sejuk
Waktu terbaik untuk memeriksa keadaan tayar adalah ketika ia masih sejuk atau sebelum memulakan perjalanan. Tayar akan menjana haba dan haba itu akan disalurkan masuk ke dalam tayar yang menyebabkan peningkatan tekanan angin. Secara tidak langsung, menyebabkan bacaan yang diambil tidak tepat.

Beli Tolok Tekanan Tayar Yang Baik
Jangan hanya bergantung kepada tolok tekanan angin yang ada di stesen petrol. Hampir kesemuanya tidak dipantau sejak ia mula-mula dipasangkan. Sebaliknya, beli tolok tekanan angin yang baik seperti yang dikeluarkan oleh Michelin. Harganya mungkin agak mahal tetapi berbaloi kerana ia memberikan bacaan tepat dan boleh dipercayai.

Tekanan Angin Mana Yang Perlu Diikut?
Cara paling baik adalah mengikuti rekomen yang diberikan pengeluar motosikal. Pengeluar mengeluarkan bacaan tekanan angin itu mengikut prestasi motosikal anda.

Walaupun begitu, anda boleh meningkatkan atau mengurangkan sedikit inflasi tekanan angin (10 kepada 15 kPa) untuk memenuhi keadaan jalan dan penunggangan yang berbeza, atau juga muatan serta pembinaan tayar (tayar atau lembut tayar berbeza mengikut pembuatannya).

Jangan sesekali mengisi angin pada tahap maksima yang dinyatakan pada dinding tayar. Lebih tekanan angin akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Kepada penunggang yang gemar berbuat sedemikian, tolonglah berhenti!