Sejak beberapa hari kebelakangan ini, keadaan cuaca tidak menentu di Malaysia. Ada masanya hujan dan ada pula panas hingga ke petang. Mungkin, perubahaan cuaca yang secara tiba-tiba ini tidak membawa masalah besar kepada pengguna jalan raya lain seperti pengangkutan awam, kereta persendirian tetapi bukan kepada para penunggang motosikal dan basikal.
Para penunggang khususnya penunggang motosikal dinasihatkan agar sering bersiap sedia membawa baju hujan yang bersesuaian. Bercakap tentang baju hujan, beberapa hari lalu saya terserempak dengan penunggang motosikal yang memakai jaket hujan yang agak keterlaluan silauan refleksinya. Ia mungkin cantik dan saya yakin, dia berasa selamat kerana mudah dilihat tetapi dari satu sudut lain, ia mengganggu fokus pengguna jalan raya lain. Silauan refleksi yang keterlaluan boleh mengganggu kemampuan pandangan pengguna jalan raya khususnya di waktu malam.
Justeru itu, pemilihan jaket atau baju hujan yang sesuai amat penting. Kesesuaian ini bukan sahaja diukur dari sudut kualiti atau material yang digunakan, malah keselamatan dari sudut pemakai sendiri dan orang di sekelilingnya. Salah satu jenama pengeluar baju hujan yang disyorkan adalah Taichi. Bagi makluman anda, Taichi merupakan jenama baju hujan yang terlaris di kalangan penunggang motosikal di negara Jepun. Dihasilkan dari material berkualiti, baju hujan Taichi juga menampilkan rekaan bergaya dan paling penting, sangat fleksibel.
Setiap baju hujan keluaran Taichi ini didatangkan dengan pelaras di bahagian pinggang, pergelangan tangan dan lengan yang memudahkan penunggang untuk mengubah baju hujan mengikut kesesuaian dan selesa dipakai. Jahitan tanpa kelim menawarkan baju hujan yang bukan sahaja tahan lama, malah kalis air.
Seperti kebanyakkan baju hujan lain yang ditawarkan di pasaran, baju hujan Taichi juga menampilkan jalur-jalur refleksi untuk tujuan keselamatan dan agar mudah dilihat oleh para pengguna lain. Menggunakan bahan reflektif dari 3M Scotchlite, penunggang motosikal bukan sahaja dapat dilihat malah tidak menyakitkan atau mengganggu para pengguna jalan raya lain. Lebih istimewa lagi, setiap pembelian baju hujan Taichi didatangkan dengan jaminan waranti terhad selama 3 bulan dan topi dalam helmet yang bernilai RM 50.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Hodaka Moto World Sdn Bhd
82, Jalan PJS 5/30
Petaling Jaya Selatan,
46150 Petaling Jaya
No Tel : 03 – 7785 2558
Facebook : https://www.facebook.com/motoworldmalaysia/
Web : https://www.motoworld.com.my/
atau kunjungi para pengedar sah Taichi berhampiran anda di seluruh Malaysia;
Kuala Lumpur
Mecinda Racing Sdn Bhd : 03 – 2691 3251
Sunny Cycle : 03 – 4021 6611
Zenwah Motor Sdn Bhd : 012 – 350 6111
Mymotoshop : 019 – 555 1109
Selangor
Bikeworld Klang Sentral : 03 – 3343 6677
M Gear Sdn Bhd : 03 – 6178 2524
Rika Bike Shop : 012 – 798 6772
Pulau Pinang
DC Biker : 04 – 505 7808
EL Chong Motor Trading Sdn Bhd : 04 – 583 1772
Hotbike Sdn Bhd : 04 – 659 8511
Perak
Mega Bike Taiping : 05 – 807 2994
Guanhow Superbike Ipoh : 05 – 3451 666
Melaka
Skyboy Motorbike Accessories : 017 – 7555 5457
Negeri Sembilan
Excel Bikers Sdn Bhd : 06 – 761 8746
Kedah
Bikers Gallery Sdn Bhd : 04 – 720 6666
Johor Bahru
Bike World Johor : 07 – 357 8197
Sabah
Smart Bike : 016 – 831 1501 / 012 – 262 1501