Di saat-saat begini, di waktu semua rakyat Malaysia (beberapa kawasan di dunia juga) dibayangi ancaman pandemik covid-19 adalah amat penting untuk kekal positif. Selain melayan perkongsian di sosial media yang ada masanya boleh mengundang lebih banyak kebimbangan, ada baiknya masa yang ada diluangkan dengan mengenang perkara-perkara indah yang pernah dilakukan. Mungkin, di satu hari nanti, selepas semua ini tamat kita berpeluang untuk kembali melakukan aktiviti-aktiviti tersebut tanpa sebarang halangan.
Oleh yang demikian, kami ingin berkongsi sebuah kisah menarik pasangan suami isteri yang merentas 4 negara sebelum tercetusnya pandemik covid-19. Pasangan yang dimaksudkan ialah saudara Roman Hassan bersama isterinya yang telah menunggang motor bersama-sama meredah negara Thailand, Laos untuk melancong ke Vietnam. Berikut, perkongsian dari saudara Roman Hassan menerusi hantarannya di Facebook miliknya.
Catatan Untuk Panduan Semua
Bagaimana dan risiko memasuki Vietnam secara walk-in? Kepada sahabat-sahabat yang merancang untuk ke Vietnam, pastinya sudah membuat kaji selidik terlebih dahulu dan mencari maklumat khususnya yang ke sana dengan menaiki kenderaan sendiri.
Susah juga hendak walk ini kerana ada yang boleh lepas dan ada juga yang tidak lepas memasuki sempadan. Bagi yang boleh masuk, itu mungkin rezeki. Kepada yang gagal, boleh cuba lagi. Namun, kalau buat bayaran di kedutaan untuk dapatkan surat memang tidak perlu fikir panjang. Senang sangat nak masuk ke sana. Kalau nak ikut cara ini, boleh hubungi saudara Aziz yang membuka tawaran ke Vietnam kerana sering ke sana.
Saya pernah ke Vietnam sebanyak dua kali dengan menunggang motor sendiri. Kali pertama, saya masuk menerusi sempadan Ha Tien, paling selatan Vietnam. Tiba di sempadan Vietnam, urus passport dan isytihar untuk menggunakan motor. Sebaik sahaja melihat motosikal Malaysia, “No motobike Malaysia”. Dia mengarahkan untuk meninggalkan motor dan masuk. Hampir sejam duduk di situ melihat penunggang tempatan yang berulang-alik tanpa perlu cop isytihar. Mungkin mereka orang tempatan.
Saya membuat sedikit carian dan mendapat maklumat dari Facebook ATM yang perlu rundingan dengan pihak Kastam. Kemudian, saya cuba menghubungi beberapa kali dan mengatakan ingin masuk jalan dekat-dekat sahaja. Setelah berunding. Akhirnya diberi masuk dan tiba ke sana di waktu senja tanpa surat dikeluarkn untuk motor. Memandangkan tiada surat, saya perlu berhati-hati sepanjang perjalanan dengan kelajuan 60km/j. Kemudian, saya keluar melalui Border Bo Y border Gate.
Kali kedua saya masuk melalui Border Na Meo dan agak susah juga tapi berjaya masuk selepas rundingan selesai. Pengembaraan bermula, saya keluar melalui pintu Cau Treo. Dua kali saya masuk Vietnam dengan menunggang sebuah motor sahaja. Namun, kalau menunggang dalam kumpulan, tidak pasti bagaimana pula rundingannya. Saya memilih Vietnam untuk melihat keindahan ciptaan-Nya. Niat kita elok untuk ke sana, pasti akan dipermudahkan segala urusan.
Mengembaralah, jelajah, merantau dan bermusafirlah wahai sahabat…!
Jadual Perjalanan Ke Vietnam Melibatkan 4 Negara
07 Januari – 28 Januari 2020 (509km)
Hari – 1, 7 Januari : Langkawi – Kuala Lumpur
– pemasangan side bracket
Hari – 2, 8 Januari : Kuala Lumpur – Perlis (473km)
– perjalanan dimulakan
Hari – 3, 9 Januari : Perlis – Phatalung, Thailand (183km)
– Merentas sempadan Danok
Hari – 4, 10 Januari : Phattalung, Thailand – Hua Hin, Thailand (667km)
– Perjalanan terus menuju ke Hua Hin
Hari 5, 11 Januari : Hua Hin, Thailand – Phu Tab Boek, Thailand (614km)
– Bermalam di Phu Thab Boek Campers.
Hari – 6, 12 Januari : PTB, Thailand – Vientene, Laos (350km)
– Rentas sempadan Nong Khai
Hari – 7, 13 Januari : Vientiene, Laos – LakSaoTown (330km)
– Bermalam di ibu negara Laos, Vientiane
Hari – 8, 14 Januari : LakSaoTown, Laos – Phonsavan, Laos (405km)
– Cubaan untuk merentas sempadan Kamphao tetapi gagal
Hari – 9, 15 Januari : Phonsavan, Laos
– Rehatkan badan, restock bahan masak, basuh semua baju dan juga motor
Hari – 10, 16 Januari : Phonsavan, Laos – Quan Hoa,Vietnam (420km)
– Berjaya merentas sempadan
Hari – 11, 17 Januari : Quan Hoa, Vietnam – Nghia Lo, Vietnam (268km)
– Perjalanan diteruskan ke Nghia Lo
Hari – 12, 18 Januari : Nghia Lo, Vietnam – Sa Pa, Vietnam (231km)
– Awan Carpet & Gunung Wallpaper
Hari – 13, 19 Januari : Sa Pa, Vietnam – Ha Giang, Vietnam (250km)
– Sempadan China, Lao Cai
Hari – 14, 20 Januari : HaGiang, Vietnam – Meo Vac, Vietnam (150km)
– Ha Giang Loop & Ma Pi Leng Pass
Hari – 15, 21 Januari : Mel Vac, Vietnam – Cao Bang, Vietnam (216km)
– Tugu Ho Chi Minh
Hari – 16, 22 Januari : Cao Bang, Vietnam – bknCat Ba Island, Vietnam (310km)
– Ha Long Bay & Cat Ba Island
Hari – 17, 23 Januari : Cat ba Island, Vietnam – Vinh City, Vietnam (410km)
– Bermalam di Ibu Negara Vietnam
Hari – 18, 24 Januari : Vinh City, Vietnam – Sakhon Nakhon, Thailand (417km)
– Terkejut Covid, 1 hari dapat ride 3 negara (Vietnam, Laos, Thailand)
Hari – 19, 25 Januari : Sakhon Nakhon, Thailand – Hua Hin, Thailand (820km)
– Sakhon La Ride. Perjalanan paling jauh!
Hari – 20, 26 Januari : Hua Hin, Thailand – Perlis, Malaysia (800km)
– Terukan perjalanan, dah mula nampak daging bakar!
Hari – 21, 27 Januari : Perlis, Malaysia
– Rehat, cuci motor, cuci pakaian, box dan barangan memasak
Hari – 22, 28 Januari
– Pulang ke rumah, berlayar naik Roro ke Perlis – Langkawi
Perkongsian : Roman Hassan