Sport Tourer Dan Adventure Tourer Yang Cemerlang Di Jalan Raya Dan Jalan Lasak

Kedua-dua model ini termasuk dalam kategori Sport Adventure Tourer. Walaupun berkongsi konfigurasi dan enjin yang sama, namun ada perbezaan antara kedua-dua model ini. V-Strom 650 ABS boleh dikatakan cemerlang sebagai ón-road “Sport Tourer” manakala V-Strom 650XT ABS adalah “Adventure Tourer” iaitu sebuah mesin yang akan lebih menarik minat penunggang yang gemar pengembaraan termasuk keupayaan off-road.

Ciri-Ciri Utama;
Kelebihan Enjin Jenis V-Twin:
Sebuah enjin V-Twin 645cc yang menampilkan teknologi moden yang terbaik dari Suzuki untuk menyampaikan prestasi pecutan memberangsangkan dengan jalur kuasa yang luas dan dilengkapi dengan sebuah sistem suntikan bahan api yang maju untuk imbangan kuasa dan ekonomi optima.

Sistem Transmisi Efektif
Transmisi 6-kelajuan ini disesuaikan untuk tunggangan sporty dari gear 1 hingga ke gear 5 dengan nisbah gear rapat, manakala gear ke 6 mempunyai nisbah yang tinggi untuk keselesaan penunggangan lebuhraya.

Teknologi Suntikan Bahan Api Canggih:
Sebuah ECU 32-bit mengawal sistem Suzuki Dual Throttle Valve (SDTV) untuk meningkatkan julat tork rendah hingga ke pertengahan, kuasa throttle linier, dan mengurangkan emisi ekzos.

Palam Pencucuh Kembar Iridium
Palam pencucuh iridium berkembar bagi setiap silinder meningkatkan kekuatan percikan dan kecekapan pembakaran bahanapi dan ini menyumbang kepada penghidupan enjin yang lebih senang, peningkatan kuasa, pecutan yang lebih lancar dan idle yang lebih stabil.

Casis Ringan & Suspensi Boleh Laras
Bingkai aluminium aloi dan swingarm yang ringan dan tegar menyumbang kepada kelancaran prestasi pengendalian dan kestabilan penungganan yang baik berjalan pada kelajuan-tinggi. Spring suspensi depan boleh-laras berukuran 43mm- jenis tiub dan suspensi belakang jenis link dilenkapi dengan pemulihan redaman.

Brek Dilengkapi ABS
Brek dwi- depan cakera dan berukuran 310mm dan belakang brek cakera tunggal berukuran 260mm menyampaikan kuasa hentian yang boleh yakin dan terkawal. Hos brek tekanan tinggi meningkatkan rasa responsif sistem brek. Sistem Brek anti-kunci (ABS), yang mempunyai rekabentuk yang ringan padat, mengawa kelajuan roda dan menyesuaikan daya kuasa brek untuk kuasa hentian optima.

Membezakan V-Strom 650XT ABS
V-Strom 650XT ABS baharu mempunyai desain depan yang lebih tajam mirip paruh untuk menyampaikan gaya yang lebih agresif dan berani dengan kelebihan saluran udara bersepadu yang meningkatkan penjejukan enjin. Ia juga boleh dilengkapi dengan pelbagai aksesori opsyenal mengikut citarasa pemilek.

Aksesori ini termasuk kompartmen atas dan tepi buatan plastik dan aluminium. Korpartmen ini didesain khas selaras dengan pusat graviti motosikal supaya tidak mengangu pengendalian. Korpartmen atas dan kiri buatan plastik masing-masing cukup besar untuk topi keledar. Kompartmen ini juga senang ditanggalkan apabila perlu menggunakan skru cepat-pelepasan. Sebuah bar aksesori, penghadang enjin aluminium, penutup rantai, dan lampu kabus LED membuat motosikal ini lebih bersedia untuk pengembaraan off-road. Sebuah windscreen touring, penjaga tangan dan kerusi konfigurasi rendah dan tinggi meningkatkan keselesaan tunggangan. Aksesori lain termasuk centre stand, soket aksesori 12-volt, kit penggera, dan pendakap satnav.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar 46