Indian Motorcycle, satu lagi jenama motosikal pertama dari Amerika Syarikat yang diasaskan pada tahun 1901 secara rasminya dilancarkan di Malaysia oleh Spirit Lake Motor Sdn. Bhd., sebuah syarikat di bawah kumpulan AFY Mobility Industries (AMI).
Antara model yang diperkenalkan termasuklah Chieftain Dark Horse, Springfield Dark Horse, Scout, Scout Bobber Twenty, Scout Rogue, dan Scout Bobber. Harga bagi model Indian Motorcycle bermula dari RM89,000 hingga RM233,000 bergantung kepada model dan spesifikasi pilihan. Ia menjadikan jenama ini antara pilihan eksklusif dalam segmen motosikal berkuasa tinggi, khusus untuk mereka yang mencari kelainan dan keunikan dalam tunggangan harian atau jarak jauh.
Kehadiran Indian Motorcycle secara rasmi di Malaysia bukan sahaja membuka lebih banyak pilihan kepada peminat motosikal cruiser dan touring, malah turut memperkukuhkan segmen motosikal gaya Amerika di pasaran tempatan. Dengan penglibatan aktif Spirit Lake Motor Sdn. Bhd., pemilik bakal menikmati pengalaman pemilikan yang lebih menyeluruh – daripada jualan dan perkhidmatan selepas jualan hinggalah kepada pembentukan komuniti pemilik Indian yang tersendiri.