Siri Terhad Hanya Dikeluarkan Sepanjang Tahun 2021

Hampir seratus tahun dahulu, pada tarikh 15 Mac 1921 telah menyaksikan permulaan penuh bersejarah dalam dunia permotoran dengan kemunculan motosikal yang mempunyai wawasan cemerlang. Ya, ia merupakan rekaan motosikal luar biasa Moto Guzzi yang muncul lebih awal dari waktunya.

Bukan hanya dari sudut prestasi, Moto Guzzi juga dikenali menerusi pemilihan warna yang elegan yang diilhamkan dari lagenda motosikal termasuk enjin 8-silinder 1955 yang dibangunkan untuk bersaing dalam kategori 5200 dalam kejuaraan dunia sekali gus memukau dunia pengeluaran motosikal.

Bagi makluman, kemunculan pertama Moto Guzzi adalah menerusi motosikal dengan warna ringkas serta kombinasi tangki bahan logam, fairing hujai dan tempat duduk kulit. Pemilihan warna-warna ini menjadi ciri-ciri khas Bialbero 350, salah satu motosikal lumba paling berjaya dalam sejarah yang mendominasi kejuaraan dunia dalam kategori 350 dengan memenangi 9 kejuaraan (menerusi 5 pelumba dan 4 pengeluar motosikal) di antara tahun 1953 dan 1957.

Kini, selepas 100 tahun, konsep motosikal Moto Guzzi dengan gaya hidup menarik sangat disukai ramai. Bersempena sambutan 100 tahun ini, Moto Guzzi mengeluarkan model edisi khas 100 tahun sepanjang 2021; V7, V9 dan V85 TT!

Sumber : Moto Guzzi