Sesuai Untuk Penunggang Skuter Muda


Kymco telah mendedahkan DTX360 pada November 2020 dengan tayar dua kegunaan, tangki minyak 3.3-gelen dan beratnya pula 195kg. Kini, Kymco meluaskan lagi barisan DTX untuk menyertakan varian 125cc dan 300cc bagi mengisi permintaan pasaran khususnya di negara-negara Eropah.

Sekilas pandang, DTX125 agak sama dengan DTX360 dengan sudut yang serupa serta penampilan yang estetik. DTX 125 ini dilengkapi dengan enjin silinder tunggal penyejuk cecair 125cc berbanding silinder tunggal penyejuk cecair 321cc yang ada pada DTX 360. Apabila memecut sehingga 8,750 rpm, ia menguasakan 13hp. Tempat duduknya setinggi 785mm, amat selesa untuk penunggang.

Jika dibandingkan dengan 360, ia sedikit rendah dengan berat hanya 176 kg dan sangat sesuai untuk golongan penunggang muda atau penunggang yang baharu sahaja berjinak-jinak dalam dunia permotoran dua roda kerana lebih praktikal dan mudah dikendalikan di atas permukaan jalan raya yang tidak sekata.
Beralih pula kepada DTX300 yang merupakan skuter adventure dengan gaya yang lebih lasak, dilengkapi engin silinder tunggal, penyejuk cecair 276cc, dua-injap dengan 23.1hp pada 7,500 rpm. Seronok ditunggang di bandar dan sesuai dijadikan pengangkutan yang memudahkan kerja.

Namun begitu, harganya agak mengejutkan iaitu sekitar $5,865 USD (RM25,734.18). Ditawarkan dalam warna pilihan Matte Odolo Black/ Orange untuk 125 ADV-scoot. Manakala untuk DTX300, terdapat dalam pilihan warna Matte Odolo Black/ Orange dan Matte Odolo Black/ Scalve Sand— dijual pada $6,905 USD (RM30,298.33).

Sumber : Rideapart