Samada di permukaan kering mahupun basah, Michelin mempunyai model yang mampu menyerap segala tekanan sekali gus menjadikan keseronokan anda ketika aktiviti perjalanan jarak jauh tidak terganggu. Berbeza dengan pesaing lain, Michelin Road 5 & 5 GT telah direka untuk perjalanan jarak jauh dan mampu melindungi penunggang pada tahap tertinggi dan merupakan model tayar yang mampu mengharungi kedua-dua cabaran cuaca terbabit.
Berikut adalah beberapa faktor mengapa anda harus memilih tayar Michelin Road 5 atau Michelin 5GT untuk motosikal anda;
Dengan menggunakan teknologi gabungan terkini MICHELIN 2CT dan 2CT + dan generasi terbaru sebatian dan tapak siped, tayar Michelin Road 5 menawarkan cengkaman basah terbaik berbanding pesaing utamanya yang lain dan malah ia juga tanpa sebarang kompromi ketika mengharungi jalan raya kering.
Menurut kajian dalaman yang dilakukan di atas trek di Fontange, yang turut membabitkan pengawasan saksi bebas, Michelin Road 5 meninggalkan 5 jenama lain pada sesi ujian menggunakan tayar berukuran 120/70 ZR17 (dibahagian depan) dan 180/55/ZR17 (di bahagian belakang) jentera Suzuki Bandit 1250cc.
Manakala bagi ujian luaran yang dilakukan di Pusat Ujian MTE, bagi membandingkan tayar Michelin Road 5 dengan Michelin Pilot Road 4 serta lima jenama lain pada ukuran saiz 120/70 ZR17 (depan) dan 180/55/ZR17 (belakang) pada jentera Kawasaki Z900, ternyata model Michelin terbaharu ini memberikan prestasi terbaik di peringkat global bagi tiga elemen penting (pengendalian, kestabilan dan cengkaman di laluan kering).
Jika jenama lain akan mengalami penurunan dari segi jangka hayat dan prestasi, ia berbeza dengan Michelin Road 5 dan Michelin GT. Walaupun selepas penunggangan sejumlah 3000 batu, kedua model ini masih kekal memberi impak yang sama ketika mengharungi laluan atau jalan raya yang basah. Ini kerana penggunaan Michelin XST Evo pada ramuan yang digunakan pada Michelin Road 5 cukup cemerlang sekali pun ia sudah digunakan selepas 3000 batu masih menyamai tahap keberkesanan dengan tayar baharu Michelin Pilot Road 4.
Menurut kajian dalaman di pusat kecemerlangan Michelin di Ladoux serta di bawah pengawasan saksi bebas, bagi membandingkan tayar Michelin Road 5 yang telah digunakan sejauh 5636 km dengan tayar MICHELIN Pilot Road 4 yang baru dan belum dipakai, ianya masih tetap mempunyai keupayaan dan kecemerlangan yang sama.
Keseronokan menunggang motosikal semakin bertambah selepas melihat kestabilan dan cengkaman tayar yang ditunjukkan pada jalan raya kering berbanding pesaing utamanya. Pengendalian terbaik ini disokong oleh teknologi selongsong ACT + yang dipatenkan oleh Michelin, sekali gus ia menawarkan keseronokan menunggang yang lebih tinggi.
Begitu juga dengan ujian luaran yang dilakukan oleh Pusat Ujian MTE yang digunakan oleh Michelin bagi ujian perbandingan antara tayar Michelin Road 5 dengan Michelin Pilot Road 4 dan 5 jenama lain dengan menggunakan tayar dalam ukuran 120 / 70 ZR17 (depan) dan 180/55/ZR17 (belakang) pada jentera Kawasaki Z900, ternyata Michelin Road 5 masih merupakan tayar terbaik dalam aspek pengendalian pada prestasi di laluan kering.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Michelin Malaysia Sdn Bhd
Unit 901 & 904 Level 9 Uptown 2,
No 2 Jalan SS 21/37,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 7680 3888 / 017 – 322 5477
Facebook : https://www.facebook.com/MichelinMalaysia/
Web : https://www.michelin.com.my/