Aveta Malaysia terus memacu perubahan dalam segmen skuter dengan pelancaran siri skuter Nova yang serba baru. Direka untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan penunggang di Malaysia, skuter siri Nova yang menggabungkan gaya, prestasi, dan elemen praktikal ini berjaya memenuhi piawaian baru dalam segmen pengangkutan bandar.
Salah satu ciri yang menonjol dan berbeza bagi Nova 125 adalah kapasiti tangki bahan api 6 liter, manakala varian Nova 160 mempunyai kapasiti 10 liter antara yang terbesar dalam kategori masing-masing. Ini memberikan peluang kepada peminat motosikal untuk menikmati tunggangan perjalanan yang lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti untuk mengisi minyak, sama ada untuk perjalanan harian atau hujung minggu.
AVETA NOVA 125
Nova 125 direka untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan pengguna, bermula dari pelajar yang mencari motosikal mampu milik dan senang dikendalikan, sehingga kepada penunggang yang lebih berusia yang mengutamakan keselesaan.
Ia juga sesuai digunakan terutamanya oleh penunggang wanita kerana ketinggian tempat duduk serendah 765mm memberikan keselesaan tambahan. Dilengkapi dengan teknologi EFI (Electronic Fuel Injection), Nova 125 memberikan prestasi enjin yang lebih optimum dan penggunaan bahan api yang lebih jimat, menjadikannya pilihan terbaik untuk perjalanan harian.
Dengan pilihan warna trendy seperti Peach Berry, Grey Lemon, dan Blue Lemon, pasti ada sesuatu untuk semua orang. Dengan harga serendah RM5,188, skuter ini menjanjikan pilihan yang sempurna buat peminat motosikal yang mahukan skuter mampu milik, ringan dan praktikal.
Antara perkara menarik yang anda boleh dapati pada Nova 125;
– Soket Pengecas USB Dual Port
Tersedia soket type-C dan Type-A bagi mereka yang agak kesibukan bagi mengecas sebarang peranti yang anda bawa.
– Panel Meter Digital LCD
Panel meter Vova 125 agak menarik dan mudah untuk dilihat samada di waktu siang atau malam. Paparan panel meternya agak sporty, moden dan mudah untuk penunggang melihat informasi yang dipaparkan.
– Sistem Brek Hadapan
Sistem pemberhentian bagi bahagian hadapan menggunakan Combine Braking System (CBS) bagi memberi cengkaman yang lebih stabil dan selamat ketika berada dalam situasi mengejut.
– Tangki Minyak Sebanyak 6 Liter
Tidak perlu risau mengenai perjalanan anda kerana tangka bagi bahan api agak besar iaitu sebanyak 6 liter. Dengan isipadu tersebut, pemilik boleh menikmati perjalanan yang jauh lebih nyaman.
AVETA NOVA 160
Nova 160 menyasarkan golongan profesional kelas pertengahan yang mencari skuter bergaya yang berprestasi tinggi untuk kegunaan dalam bandar. Dilengkapi dengan ciri-ciri seperti lampu LED penuh, Sistem Berhenti Idling (ISS), dan brek cakera, model ini sesuai untuk mereka yang mencari skuter berkuasa namun sporty untuk kegunaan harian.
Ditawarkan dalam warna Raven Red, Aveta Blue, dan Copper Blaze, ia dijual pada harga RM7,988, menawarkan pengalaman menunggang yang premium namun pada harga yang mampu milik. Kedua-dua model ini menampilkan reka bentuk yang lincah dan kompak, membolehkan penunggang mengendalikan skuter dengan mudah dalam keadaan trafik sesak, malah menawarkan keseimbangan antara kepraktisan dan keselesaan.
Berikut merupakan antara maklumat menarik mengenai Nova 160;
– Soket Pengecas USB
Tidak sah jika model skuter tanpa soket pengecas USB. Hanya tersedia 1 port Sahaja, Nova 160 membolehkan pemilik bergerak bebas dengan kemudahan untuk peranti di mana sahaja.
– Rekaan Lampu LED
Lampu Nova 160 agak unik dan menarik jika diamati kerana ia persis dengan motosikal yang sediada. Ia direka dengan lampu LED dengan memberi pencahayaan yang optimum.
– Panel Meter Moden
Model Aveta ini memang dilihat agak berketrampilan bukan sekadar dari struktur ‘body’ sahaja, namun ia tampil dengan paparan panel meter multi-function sporty yang jelas terlihat dalam setiap keadaan cuaca.
– Sistem Kunci Keyless
Kebanyakan jentera skuter dipadankan dengan sistem kunci pintar atau Keyless System. Hanya perlu disimpan yang selamat dan anda boleh menghidupkan skuter anda dengan memulas bahagian suis sahaja. Pendek kata menghidupkan enjin cukup mudah tanpa memerlukan kunci sebagai permulaan.
Aveta tidak berkompromi dalam aspek sokongan selepas jualan dan kepuasan pelanggan. Dengan rangkaian pengedar, pusat servis, dan stokis yang semakin berkembang di seluruh negara, ditambah dengan kejayaan program perkhidmatan Aveta Care on Wheels yang menyediakan servis dari pintu ke pintu, pemilik Nova dapat menikmati pengalaman pemilikan yang lebih yakin tanpa sebarang keraguan.
Sebagai gambaran awal, Aveta juga memberi petunjuk mengenai model baru siri Nova yang berkapasiti lebih tinggi yang akan dilancarkan pada tahun ini, sekali gus mengukuhkan komitmen jenama Aveta untuk terus berinovasi dan memenuhi kehendak penunggang Malaysia yang sentiasa berkembang.
Siri Nova bukan sekadar barisan skuter ia adalah bukti misi Aveta untuk menyediakan varian motosikal yang lebih bergaya, praktikal, dan berprestasi tinggi untuk semua lapisan rakyat Malaysia. Dengan gabungan teknologi terkini, harga yang mampu milik, dan reka bentuk yang moden, tidak mustahil skuter Nova akan mendapat sambutan yang hangat dan menjadi pilihan utama pengguna.
Kedua-dua model dari Aveta Malaysia ini – Nova 125 dan Nova 160 akan tersedia di pasaran Malaysia bermula Mac 2025.
SPESIFIKASI
Nova 160
ENJIN
Jenis Enjin: Sejukan Cecair, 4-lejang, 4-injap, Silinder tunggal, SOHC
Sesaran: 154.4cc
Lubang x Lejang: 58mm x 58.5 mm
Kuasa Maksimum 11.8kW/ 8,500 rpm
Tork Maksimum 14.7 Nm / 6,500 rpm
Output Kuasa: 15.8 HP
Nisbah Mampatan: 10.5:1
Jenis Tranmisi: Automatik, CVT
Sistem Penghidup: Elektrik
Pilinciran: Takungan Basah
Sistem Nyalaan: ECU
Sistem Bahan Api: EFI (Suntikan Bahan Api)
Isian Tangki Enjin: 0.9L
KERANGKA
Suspensi Hadapan: Fork Teleskopik
Suspensi Belakang: Sub-tangki Berkembar
Tayar Hadapan: 100/80-14
Tayar Belakang: 100/70-14
Brek Depan: Cakera
Brek Belakang: Cakera
DIMENSI
Panjang x Lebar x Tinggi : 2003 mm x 710 mm x 1138 mm
Jarak Roda: 1370 mm
Tinggi Tempat Duduk: 778 mm
Berat: 112 kg
Isi Tangki Minyak: 10 L
SPESIFIKASI
Nova 125
ENJIN
Jenis Enjin: Sejukan Udara, 4-lejang, 2-injap, SOHC
Sesaran: 125 cc
Lubang x Lejang: 52mm x 57.4 mm
Kuasa Maksimum: 6.7 kW/ 8,000 rpm
Tork Maksimum: 8.6 Nm / 6,500 rpm
Output Kuasa: 9 HP
Nisbah Mampatan: 9.5:1
Jenis Tranmisi: Automatik, CVT
Sistem Penghidup: Elektrik / Penghidup Tendang
Pilinciran: Takungan Basah
Sistem Nyalaan: ECU
Sistem Bahan Api: EFI (Suntikan Bahan Api)
Isian Tangki Enjin: 0.8L
KERANGKA
Suspensi Hadapan: Fork Teleskopik
Suspensi Belakang: Lengan Buai (Swing Arm)
Tayar Hadapan: 80/90-14
Tayar Belakang: 90/90-14
Brek Depan: Cakera
Brek Belakang: Gelendong (Brek Drum)
DIMENSI
Panjang x Lebar x Tinggi: 1930 mm x 688 mm x 1105 mm
Jarak Roda: 1320 mm
Tinggi Tempat Duduk: 765 mm
Berat: 104 kg
Isi Tangki Minyak: 6 L