Sedia Menyaingi Ducati Multistrada Dengan Peningkatan Kuasa Lebih Signifikan?

Sejak kebelakangan ini, beberapa pengeluar motosikal rancak menghidupkan kembali nostalgia motosikal retro dan Aprilia salah satu darinya. Baru-baru ini, Aprilia memutuskan untuk melancarkan motosikal adventure Tuareg baharu yang dibina dengan platform 660. Bagaimana jika Aprilia menggunakan engin V4 Caponord baharu?

Menurut Visordown, rekaan konsep ini merupakan kajian Lorenzo Coppo dari Itali (langsung tiada hubungan dengan pihak Aprilia). Selama beberapa tahun, Aprilia tidak menawarkan Caponord yang mampu memberi persaingan sengit dengan pesaing utamanya, Ducati Multistrada.

Sebagaimana yang diketahui, Ducati sedang mengemaskini dan memberi lembaran baharu kepada Multistrada dengan penambahan teknologi pertama dalam industri, versi terbaharu enjin V4 Panigale. Secara tidak langsung, kini perhatian kembali bertumpu pula ke arah Aprilia untuk melihat samada ia akan mengeluarkan enjin konfigurasi V4 miliknya sendiri.

Berbanding Ducati, Aprilia sudah berjinak-jinak lebih awal dengan V4 yang telah digunakan pada tahun 2009 untuk RSV 4 dan Tuono V4. Malah, enjin digunakan sekarang dikemaskini kepada 1100cc yang sudah agak berusia. Namun, penggunaan versi baharu sangat sesuai untuk Aprilia Caponord V4.

Kehadiran Aprilia Caponord V4 berkemungkinan besar mengambil inspirasi dari Tuano V4 dengan anggaran kuasa di antara 170-175bhp, peningkatan yang sangat signifikan dari model sebelumnya iaitu 120bhp. Masalahnya, ia masih hanya sebuah fantasi. Namun begitu, tiada siapa menafikan bahawa Aprilia Caponord V4 mungkin dikeluarkan pada tahun 2022? Kita tunggu dan lihat!

Sumber : Visordown