Bajaj Auto merekodkan kenaikkan jualan sebanyak 22 peratus di dalam bulan Jun 2021. Jenama Bajaj sudah menjadi nama yang terkenal di Malaysia setelah memasukki pasaran ini dengan jentera-jentera seperti Modenas Pulsar serta Dominar.
Hampir kesemua model-model tersebut menjadi antara motosikal paling popular di negara ini dalam masa yang singkat. Kenaikkan jualan tersebut hasil kerajaan India serta antarabangsa dalam melonggarkan syarat-syarat pergerakan akibat pandemic Covid-19.
Bagi bulan Jun 2021, Bajaj telah menjual sebanyak 155,640 unit kenderaan dua roda di pasaran India, berbanding dengan sebanyak 146,695 unit pada Jun 2020. Tetapi kejayaan yang lebih besar buat pengeluar itu merupakan pasaran ekspot yang mencatatkan 154,938 unit berbanding dengan 108,427 unit pada June 2020. Jumlah penambah jualan untuk kedua-dua pasaran ini yang menjadikan penambah 22 peratus secara keseluruhannya.
Jualan untuk suku tahun kedua tahun 2021 pula merekodkan jualan sebanyak 899,355 unit di India dan pasaran ekspot. Daripada jumlah itu, sebanyak 342,552 unit dijual di dalam pasaran India dan selainnya untuk pasaran antarabangsa. Apapun, jualan di pasaran luar bersamaan peningkatan sebanyak 160 peratus.
Tetapi mereka mungkin akan berhadapan dengan masa depan yang agak mencabar kerana kes jangkitan Covid-19 yang baharu sedang bertambah di banyak negara lain.