Sebagaimana yang sudah diketahui ramai, penganjuran RetroStreet kali ketiga terpaksa ditangguh ekoran mematuhi arahan kerajaan ekoran pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia. Setelah lama menunggu, hari yang dinanti-nantikan seluruh pencinta tegar dunia dua roda akhirnya tiba juga dengan penganjuran yang berlangsung pada 29 Mei yang lalu.
Bertempat di RTC Gopeng di Perak, penganjuran kali ketiga RetroStreet kali ketiga ini mendapat sambutan luar biasa. Berbanding penganjuran kali pertamanya pada tahun 2018 dan kali kedua pada tahun 2019, penganjuran kali ini telah menerima kunjungan para peserta sebanyak lebih 5688 buah motosikal retro!
Dianjurkan oleh Retro Street Perak dengan kerjasama RTC Gopeng Perak serta menerima sokongan dari barisan penaja seperti Koyoko, Kenda, RTC Gopeng, Niezam Motorpart, 2T Republic dan banyak lagi. Pelbagai aturcara telah disediakan antaranya yang mendapat sambutan paling hangat pastinya Motorshow dan segmen cabutan bertuah sumbangan barisan penaja.
Selain itu, program ini turut menyediakan persembahan qasidah dari Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Tahfiz yang didatangkan khas dari Parit. Para peserta dan pengunjung yang hadir menikmati persembahan yang cukup indah oleh anak-anak ini. Tidak lupa juga, acara ‘Helmet Rare’ Turun yang menjadi tumpuan para pengunjung.
Namun begitu, detik yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peserta tentunya segmen cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utamanya iaitu sebuah motosikal YSukan. Apa yang menariknya, bagi mencabut peserta bertuah untuk membawa pulang hadiah utama ini ialah seorang kanak-kanak dan motosikal YSukan akhirnya menjadi para peserta yang datang dari Terengganu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para penganjur, barisan penaja seterusnya para pengunjung yang juga para peminat tegar dunia dua roda. Semoga program Retro Street terus dianjurkan dan mendapat sambutan yang cukup luar biasa tahun demi tahun. Sekali lagi, tahniah!