Rekaan Futuristik, Lebih Mudah Dan Senang Dikendalikan

Pengguna muda sukar untuk difahami khusunya untuk pengeluar motosikal sejak beberapa dekad lalu. Walaupun kebanyakan mereka tidak berminat dengan jentera dua roda berbanding generasi dahulu, namun masih ada yang menyumbangkan idea dan perspektif mereka. Konsep dari pereka muda memberikan perspektif berbeza kepada jenama gergasi seperti Ducati dan Harley Davidson.

Seorang penuntut dari Institute Applied Arts and Design (IADD) di Itali telah mereka semula motosikal Yamaha. Dengan kerjasama bLU cRU, pereka motosikal muda Noemi Napolitano telah mengimpikan konsep Double Y concept menampilkan sistem inovatif dan rekaan futuristik. Malah, sangat praktikal dan mudah digunakan.

Diilhamkan dari anatomi manusia, Double Y mirip otot-otot manusia jika dilihat dari sudut pandang atas atau lebih tepat lagi seperti profile seorang perenang. Malah pemegang bar tampil lebih kukuh untuk penunggang. Apabila diaktifkan, kedua-dua forearm rest akan dilepaskan dari tangki gas.

Sistem pemegang bar ini lebih ergonomik dan melegakan pergelangan tangan penunggang. Apabila motor tidak digunakan, penunggang boleh melipat forearm rest ke tempat asalnya sekaligus melindungi motor dan meningkatkan keselamatan aras lebih tinggi dan menghalang dari berlaku kecurian.

Sudah semestinya lebih tertumpu kepada elektronik dan menyasarkan generasi muda tetapi sistemnya memberi tumpuan terhadap komunikasi di antara motosikal berbanding prestasi. Pereka muda ini juga menekankan, elektronik pada Double Y ini seharusnya mudah dan tidak menyusahkan.

Sumber : Rideapart