Realisasi Impianmu Bersama SHELL

Shell Malaysia menggalakkan para usahawan untuk merealisasikan impian mereka menerusi Realisasi Impianmu Bersama Shell. Inisiatif ini diusahakan untuk membantu golongan peniaga kecil dan sederhana (SME) meluaskan perniagaan serta berpeluang menjual produk mereka menerusi kedai Shell Select. Inisiatif ini merupakan sebahagian dari usaha Shell untuk memberi impak serta berkhidmat kepada komuniti dan dalam masa yang sama menambahkan lagi pelbagai produk yang ditawarkan menerusi kedai Shell Select.

“Shell Malaysia mempunyai komitmen dalam membantu para pelanggan serta komuniti di tempat kami beroperasi untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Beberapa inisiatif kerjasama dengan para peniaga kecil dan sederhana yang lepas telah mendorong Shell untuk melancarkan Realisasi Impianmu Bersama Shell. Inisitiaf ini adalah usaha Shell untuk meningkatkan ekonomi para peniaga kecil dan sederhana di Malaysia dalam masa yang sama, menyokong ekonomi keusahawanan khususnya dalam keadaan yang tidak menentu ini.

“Kami telah bekerjasama dengan pelbagai kolaborasi bersama para peniaga kecil dan sederhana sebelum ini dan ia memberikan inspirasi untuk melihat produk berkualiti dari para peniaga kecil dan sederhana tempatan,” ujar Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd.

Shell sentiasa membuka peluang kepada para peniaga kecil dan sederhana serta menawarkan ruang untuk mempromosi produk keluaran mereka di kedai-kedai Shell Select. Sebagai contoh, Puan Zainon Salleh yang menjalankan perniagaan keropok di Pasir Putih, Kelantan. Beliau telah menerima Kontrak Label Persendirian (Private Label Contract) dengan Shell awal tahun ini dan keropok keluarannya boleh didapati di seluruh negara.

“Awal-awal saya memulakan perniagaan keropok ini, sukar untuk memasarkannya di kedai-kedai tempatan di kampung dahulu. Dengan bantuan Shell, produk keropok saya sudah boleh dinikmati ramai orang di seluruh negara. Saya berterima kasih kepada Shell kerana bukan sahaja memberikan peluang kepada saya tetapi juga turut membantu golongan wanita lain memperoleh mata pencarian menerusi perniagaan yang saya usahakan,” kata Zainon.

Menerusi inisiatif ini, Shell mencari rakan-rakan dari golongan peniaga kecil dan sederhana yang membekalkan snek makanan, manisan, minuman tanpa alkohol serta makanan yang sedia dimakan. Para peniaga kecil dan sederhana digalakkan untuk mengambil peluang ini dan mendaftar perniagaan mereka serta berpeluang menempatkan produk masing-masing di bawah Kontrak Label Persendirian dengan Shell. Inisitiaf ini dibuka kepada semua warga Malaysia berumur dari 18 dan ke atas dengan perniagaan berdaftar serta memiliki nombor perniagaan berdaftar yang sah.

Tiga peniaga kecil dan sederhana yang layak akan dipilih dan ditawarkan Kontrak Label Persendirian bersama Shell mengandungi tawaran penyimpanan barang kekal di setiap kedai Shell Select seluruh negara. Selain itu, 27 lagi peniaga kecil dan sederhana yang lain turut berpeluang mempromosikan produk keluaran masing-masing di negeri atau kawasan khusus yang disenaraikan seperti diputuskan oleh pihak Shell.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my/MalaysianDream yang bermula dari hari ini sehingga 11 September 2020. Sehubungan dengan itu, Shell turut mempelawa orang ramai untuk mengundi produk yang layak untuk diletakkan di rak Shell Select di seluruh negara menerusi Realisasi Impianmu Bersama Shell yang ada di laman sesawang Shell. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui inisiatif-inisiatif lain ditawarkan Shell, sila layari www.shell.com.my.