Projek Kertas Kraft Honda, Berseronok Sambil Membina Motor Idaman!


Musim cuti hujung tahun dan perayaan semakin hampir. Mustahil untuk memiliki Honda CBR1000RR-R pada waktu terdekat ini melainkan anda benar-benar berduit atau ada orang sanggup hadiahkan. Kedua-dua itu mustahil tetapi, Honda’s Virtual Motorsports Land menjanjikan sesuatu yang istimewa dan anda boleh membawa pulang CBR1000RR-R ini ke rumah!

Lebih menarik lagi, anda tidak membelanjakan sebarang duit atau menyediakan ruang untuk motor baharu ini. Apa yang anda perlu buat, pergi ke pusat komputer berhampiran untuk akses keperluan pejabat yang paling asas; mesin cetak!

Ya, tidak kira samada golongan kanak-kanak atau dewasa berhak untuk berseronok dengan Honda Paper Craft CBR1000RR-R. Mungkin anda mengambil masa untuk menyiapkan motor kertas ini tetapi sebaik sahaja selesai, anda boleh bersaing sesama sendiri untuk menyelesaikan lebih banyak lagi motor kertas.

Sekiranya apa yang dilihat pada hasil akhir benar-benar membuat anda gembira, berterima kasihlah kepada barisan jurutera motosikal Honda iaitu Hisao Tomimoto dan Shogo Nishida. Kedua-dua mereka berusaha sehabis baik untuk menyediakan kertas kraft CBR1000RR-R yang menyerupai rekaan sebenar dengan tepat sekali dan mudah dipasang.

Bagi makluman, beberapa tahun lepas sebelum terjadinya pandemik, Honda telah mengeluarkan kertas kraft untuk Super Cub yang mendapat sambutan cukup menggalakkan. Projek ini boleh dikatakan, sambungan kepada projek tersebut.

Kepada anda yang benar-benar berminat untuk mengikuti projek CBR1000RR-R dan Paper Cub boleh tekan di sini https://global.honda/motorsports/virtualmsland/fan/papercraft-cbr1000rrr-interview/top-page.html, Selamat berseronok memasang motor idaman anda!

Sumber : RideApart.com