PJ Urban Motocross Fun Race & Celebrity 2019

Buat pertama kali dianjurkan sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Persatuan Motosikal Lasak Malaysia. PBT yang pertama bertaraf Bandaraya menganjurkan sukan motosikal lasak dalam bandaraya.

MBPJ berhasrat menjadikan sukan motosikal lasak ini sebagai antara aktiviti riadah komuniti dalam bandar disamping menganjurkan pertandingan peringkat negeri dan bertaraf antarabangsa serta mempromosikan Petaling Jaya sebangai lokasi perlancongan sukan lasak dalam bandaraya. Yang turut serta memeriahkan sukan lasak ini termasuk Dato Bandaraya Petaling Jaya, Wakil KBS, Adun Sri Setia, Timbalan Dato Bandaraya Petaling Jaya, dan artis tanah air serta (0tai motoscross) pemotoran lasak Malaysia.

Sebanyak lapan kategori yang dipertandingkan iaitu Novice, CKD, Cubcross, Veteran, Expert, Women, Kadet dan Junior. Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 13,800 berserta piala iringan dan sijil penyertaan. Turut memeriahkan acara yang berlangsung selama dua hari itu selebriti tanahair antaranya Black, Hazama, Achey, Villa Hafiz, Qody Mentor, Mamak Puteh, Pablo dan Man sixpoint two dan Farid kamil.