Peserta Perhimpunan Motosikal Sturgis Disahkan Positif Covid-19?

Peserta Perhimpunan Motosikal Sturgis Disahkan Positif Covid-19?

Masih ingat lagi artikel di Roadstar tentang Perhimpunan Motosikal Sturgis Ke-80 di tengah-tengah pandemik covid-19 tanpa penjarakan sosial? Pelbagai reaksi serta penganjuran ini khususnya terhadap para peserta yang langsung tidak mempedulikan tentang bahaya ancaman wabak paling merbahaya ini.

Sebagaimana yang diketahui, Amerika Syarikat mencatatkan lebih 5.57 juta kes positif dan lebih 175 ribu kematian. Penganjuran seperti perhimpunan motosikal di Sturgis ini seolah-olah menafikan ancaman bahaya ini, malah lebih membimbangkan apabila satu kes covid-19 dicatatkan mempunyai kaitan dengan perhimpunan ini.

Menurut laporan rasmi South Dakota State Health, salah seorang pelanggan One-Eyed Jack’s Saloon di 1304 Main St di Sturgis telah disahkan positif covid-19 dan dikatakan mengunjungi bar itu pada 11 Ogos di antara pukul 12 tengah hari sehingga 5.30 petang yang berkemungkinan menyebarkan virus ini kepada para pengunjung lain. Justeru, para pengunjung yang berada di One-Eyed Jack’s Saloon dinasihatkan agar mengikuti pemeriksaan dan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Sejumah 462,000 kenderaan dikenalpasti memasuki Sturgis sepanjang perhimpunan yang berlangsung selama seminggu itu dan berpotensi dijangkiti covid-19. Para penduduk dan jawatankuasa di Sturgis dikatakan sedang berusaha untuk mengehadkan penyebaran virus ini dari terus berleluasa.

Menurut Daniel Ainsle, salah seorang pengurus yang bertugas di Stugis, “sebilangan orang di seluruh Amerika sedang menjalani kuarantin dan duduk di rumah selama berbulan-bulan. Ada juga yang mengatakan, ia tak menjadi masalah untuk mereka datang ke Sturgis. Dengan itu, pihak berkuasa mengambil keputusan untuk bersedia sekiranya ada pertambahan bilang orang dari luar datang ke sini,” katanya kepada CNN. – Ride Apart