Perkembangan Positif Industri Dan Pasaran Motosikal Walau Dilanda Pandemik


Walaupun tahun 2020 tidak mengizinkan penduduk dunia untuk bebas melakukan aktiviti dan hampir setengah tahun berkurung dalam rumah, masih ada lagi perkara yang baik berlaku pada tahun ini. Biarpun diancam pandemik, ia tidak membantutkan pengeluaran motosikal dunia. Berikut antara motosikal cruiser terbaik untuk tahun 2020 seperti yang disenaraikan Hotcars.com.

5 – Honda Rebel 500
Walaupun ia bukan sebuah motor yang baru, namun kemasukan entry-level Rebel 500 cruiser dari Honda ini memberikan prospek yang mengujakan. Enjin, tayar, kerangka dan handle bar dikekalkan tetapi tempat duduk dan lampu LED diberikan penampilan baru yang lebih segar.

Didatangkan dengan enjin penyejukan cecair 471cc bersama output 45hp, ianya dipadankan dengan klac kaliper baharu, sistem suspensi yang dikemaskini dan penyerap yang diperbaharui. Rebel 500 turut dilengkapi dengan kelengkapan elektronik seperti kawalan traksi, kawalan cruise, skrin TFT dan mode penunggangan yang berlainan.

4 – Ducati Diavel
Menampilkan gaya yang moden, pengendalian sport bike dan juga sport bike power. Tidak dinafikan yang motor ini cantik ekoran kerja pengecatannya yang menawan, tempat duduk yang elegan serta kebanyakannya didatangkan dengan perincian berwarna hitam. Lengan ayun tunggal di bahagian sisi, ekzos kompak dan tayar belakang yang besar.

Dilengkapi dengan enjin VVT V-Twin 1,262cc yang membekalkan sehingga 158hp, membolehkan Diavel mencapai kelajuan tertinggi 150mph. Ducati ini turut dilengkapi dengan teknologi tinggi seperti ABS, mode tunggangan, lampu LED penuh dan juga pemula tanpa kunci (keyless start).

3 – ARCH Motorcycle KRGT-1
Butik operasi Keanu Reeves menjual beberapa model motosikal yang betul-betul mengancam sejak kebelakangan ini. Salah satunya, flagship KRGT-1 dengan gaya yang unik, ergonomik mudah, dan KRGT-1 terbahru ini menjadi salah satu motosikal cruiser terbaik di pasaran.

KRGT-1 mengeluarkan tenaga 2,032cc dengan output 122hp dan tork 122lb-ft. Bagi meningkatkan lagi statusnya, KRGT-1 dilengkapkan dengan monoblok ISR yang dibina khas, carbon fiber five-spoke wheels, Arch spec Ohlins FGRT forks and monoshock, and a Yoshimura carbon fiber exhaust, fork Ohlin FGRT dan monoshock juga ekzos karbon fiber Yoshimura.

2 – Indian Challenger Dark Horse
Bergaya dan selesa, Indian Challenger Dark Horse menjadikan perjalanan penuh adventure. Didatangkan dengan enjin penyejukan cecair V-Twin yang mengeluarkan sehingga 122 hp dan tork 128 lb-ft yang dipadankan dengan suspensi hadapan dan shock Fox di bahagian belakang, memberikan kestabilan dan pengendalian yang cemerlang. Dilengkapi dengan beberapa ciri teknologi terkini seperti Smart Lean Technology, kawalan traksi Dynamic, Drag Torque Control dan kawalan selekoh ABS.

1 – Triumph Bonneville Speedmaster
Mungkin ada yang lebih suka Triumph Bonneville Bobber tetapi penggemar motor cruiser pasti setuju Speedmaster adalah pilihan yang tepat samada dari segi praktikaliti mahpun nilai estetik. Speedmaster 2020 ini membawakan “British attitude” dan didatangkan dengan enjin parallel twin 1200cc bersama output 77 hp serta tork 78 lb-ft yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan. Bagi memastikan perjalanan jarak jauh yang selesa, Speedmaster dilengkapi dengan ride-by-wire throttle, suspensi monoshock belakang, lengan hayun cage-style, dan mode tunggangan terbaharu yang mematuhi emisi Euro 4 standard.

Sumber : Hotcars.com