Penunggangan Santai Dengan Tayar Yang Stabil, Perjalanan Jadi Lebih Seronok Dan Nyaman!

Fakta yang tiada sesiapa boleh nafikan, tayar adalah perkara penting dalam penjagaan sesebuah motosikal. Jenama yang sudah terkenal menjamin keselamatan dan mempunyai kualiti yang cukup diyakini. Dalam situasi hari ini, sangat penting untuk berjimat tetapi tidak boleh berkompromi kalau ianya tentang keselamatan. Berbelanja lebih untuk mendapatkan tayar yang bukan sahaja selamat digunakan, malah tahan lama dan mempunyai daya cengkaman yang tinggi terutamanya di atas permukaan jalan yang basah.

MICHELIN Road Classic
Bagi sebuah rangka tayar, ia harus dapat menyelesaikan persamaan kompleks di antara kemampuan membawa muatan dan dalam masa yang sama memberi keselesaan. Selain itu, tayar yang bagus juga harus mampu membekalkan sokongan pada kelajuan tinggi untuk kestabilan penunggangan dengan mengehadkan kepanasan di antara komponen-komponen yang berlainan serta ia juga harus bersifat kalis air. Dengan mengambil kira semua yang disebut tadi, maka terciptanya MICHELIN Road Classic.

Rangka Tayar
BI NST: Bi NST (Bi NST: Bi NST (Bebenang bahagian atas, dua tali pengikat tayar. Walaupun pada kelajuan tinggi (indeks kelajuan H (190 km/h) dan V(240 km/h)) yang menghalang daya emparan pada tayar. Oleh itu, ia memastikan terdapat sentuhan maksimum di antara getah tayar dan juga tanah serta menghadkan kehausan yang buruk pada tayar.

BI NC: Bi Nappe Carcasse adalah penguat tayar yang menyelesaikan persamaan kompleks agar tayar cukup tegar bagi memastikan kestabilan yang diperlukan oleh motosikal serta cukup fleksibel supaya penunggan motosikal kekal selesa semasa menunggang.

GI: Getah di bahagian dalam tayar yang disatukan dan dilekatkan ke dalam tayar bagi mengekalkan tekanan serta membolehkan pemasangan tayar tanpa tiub. (Pemasangan tanpa tiub dengan rim tanpa tayar). Jika rim jenis tiub, ia dipasangkan dengan tiub dalaman.

Michelin Road Classic mempunyai keseimbangan yang sempurna di antara prestasi dan estetika. Corak bunga yang ada pada tayar Michelin Road Classic ini memastikan prestasi maksima tanpa merosakkan nilai estetika sesebuah motosikal.

Arah Corak Bunga Pada Tayar
Pembalikan dan putaran pada tayar hadapan memastikan pemakaian yang seimbang

Permukaan Jalan Basah
– Tetulang bahu tayar yang dalam berfungsi untuk menyimpan air
– Aluran untuk memecahkan baki air

Permukaan Jalan Kering
Bahagian tengah dan bahu tayar yang licin adalah untuk sentuhan getah dan cengkaman maksimum pada permukaan jalan.

Bagi makluman, komposisi tayar adalah seratus peratus silika yang menjadi faktor utama terhadap prestasi maksima di atas permukaan jalan basah dan mempunyai jangka hayat yang tahan lama.

Tayar Michelin Road Classic ini amat sesuai untuk kegunaan motor-motor vintaaj seperti roadster lama, retro neo dan retro;

Roadster Lama
Kawazaki 500 GPZ; AV 110/70 – 17,AR 130/70 – 17
Honda CB 500; AV 110/80 – 17, AR 130/80 – 17
Kawazaki ER5; AV 110/70 – 17, AR 130/70 – 17
Suzuki 400 Bandit; AV 110/70 – 17, AR 150/70 – 17

Retro Neo
Kawasaki W800; AV 100/90 – 19, AR 130/80- 18
Triumph Thruxton 900; AV 100/90 – 18, AR 130/80 R 17
Moto Guzzi V7; AV 100/90 – 18, AR 130/80 – 17
Royal Enfield Continental GT; AV 100/90 – 18, AR 130/70 – 18
Triumph Bonneville T100/T120; Street Twin, 100/90-19 // 100/90 – 18, 130/80 R 17 // 150/70 R 17
Yamaha SR500; AV 90/90 – 18, AR 4.00 – 18

Retro
BMW R 100 R; AV 110/80 – 18, AR 140/80 – 17
Honda CB 450 S; AV 100/90 – 18, AR 110/90 – 18
Suzuki GS1100G; AV 100/90 – 19, AR 130/90 – 17

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Michelin Malaysia Sdn Bhd
Unit 901 & 904 Level 9 Uptown 2,
No 2 Jalan SS 21/37,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 7680 3888 / 017 – 322 5477
Facebook :https://www.facebook.com/MichelinMalaysia/
Web :https://www.michelin.com.my/