Penunggang Motor Kena Sekolah Dengan Polis

Jangan salah faham. Sebenarnya, seramai hampir 2 dozen penunggang motosikal telah mengambil inisiatif menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Polis Tampa pada hujung minggu lalu. Program Tampa S.M.A.R.T. Atau Teknik Selamat Penunggangan Motosikal ini telah diadakan selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad di mana para peserta berhimpun di Tampa Academy Driving Pad untuk mengikuti program ini.

“Kami fikirkan yang ia boleh menyelamatkan nyawa,” kata Pegawai Roy Paz. “Kami juga boleh berkongsi kemahiran yang diperoleh dari pegawai ini, seterusnya membantu penunggang lain mahir kemahiran menunggang dan dalam masa yang sama menyelamatkan nyawa ketika menunggang di luar sana.”

Menurut Pegawai Paz, kursus ini melibatkan pelbagai kemahiran seperti bagaimana untuk kekal menunggang dalam laluan, menunggu di lampu merah dan mengenalpasti keadaan bahaya ketika menunggang di atas jalan raya. Ianya bagus untuk kedua-dua penunggang, sama ada yang masih baru atau pun yang sudah lama.

“Setelah menghadiri program ini, kemahiran menunggang motosikal para peserta jauh lebih baik dengan mengamalkan apa yang telah diajar semasa program,” kata pegawai Paz lagi.

Walaupun sudah bertahun-tahun menunggang motosikal di atas jalan raya, belum tentu seseorang itu mahir atau menunggang motor dengan betul. Apatah lagi ketika menyertai konvoi. Jadi, tak salah sertai program sebegini. Setuju?

Sumber : ABCactionnews.com