Pengeluar skuter Taiwan Gogoro Lancar Skuter Baharu, Khusus Untuk Wanita

Skuter dengan golongan sasar yang unik dan datang dari sebuah syarikat yang menyasarkan untuk mendemokrasikan mobiliti elektrik. Sistem demokrasi kerajaan Taiwan sejajar dengan polisi luar negara kerajaan US. Demokrasi yang sama turut menjadi pegangan Gogoro seperti yang tertera di laman webnya; Misi kami adalah untuk meletakkan kuasa elektrik mudah alih yang boleh dicapai oleh semua penunggang urban di seluruh dunia.

Sasaran Gogoro tidak berhenti di motosikal tetapi dilanjutkan lebih daripada itu. Syarikat ini bercadang untuk mencipta ekosistem yang dipacu-data. Menurut Gogoro, data tiada makna tanpa aplikasi, justeru mereka terus cuba mengeksplorasi bagaimana untuk meluaskan lagi pemilikan, perkongsian, penukaran dan menjadikan pengalaman rakan kongsi menjadi lebih baik.

Menurut Gogoro lagi, ia boleh menghimpukan sehingga 400 juta poin data setiap bulan dan menggunakannya untuk meningkatkan kecekapan ekosistem. Sisi data Gogoro ini dan ekosistemnya kedengaran sangat dalam. Menurut Gogoro lagi, data tersebut boleh digunakan untuk mengesan stesen pengecasan yang lebih baik di masa hadapan yang bakal digelar GoStations.

Sebahagian servis kenderaan ekstra Gogoro termasuk stesen di mana penunggang dua roda elektrik boleh mengeluarkan bateri di GoStation dan menukarnya dengan yang telah dicas di lokasi pengecasan tersebut. Apabila penunggang tiba di stesen pengecasan, mereka mempunyai bateri bank yang boleh dipilih sekali gus menyingkirkan waktu pengecasan tetapi ianya hanya berkesan dalam skala lebih besar sekiranya lebih ramai orang skuter menggunakan bateri dikuasakan Gogoro.

Jikalau begitu, impian Gogoro ini boleh dilihat dari sudut positif, samada setiap individu gembira dengan data yang mereka miliki dikongsi dengan pengeluar, itu akan menjadi perdebatan sudut yang lebih berfalsafah. Debat yang sama juga boleh terjadi tentang Gogoro Delight. Sebuah skuter yang direka khusus untuk pasaran tertentu – wanita.

Slogan untuk Gogor Delight; Design by her, for her (direkan oleh wanita, untuk wanita). Perdebatan mungkin boleh terjadi di antara golongan yang benar-benar ambil tahu untuk mendengar antara pendapat antara satu sama lain. Namun, ia juga boleh menjadi satu strategi pemasaran yang bijak dari Gogoro.

Baiklah, kita tinggalkan perdebatan falsafah dan memberikan tumpuan kepada Gogoro Delight. Kalau dilihat, ia sebenarnya sebuah skuter yang comel dengan tempat duduk yang cukup untuk dua orang dan menawarkan sebanyak 4 pilihan; biru, hijau, emas mawar dan juga putih. Tempat duduknya setinggi 729mm dan jauh lebih ringan.

Menurut Gogoro, ia membantu penunggang untuk parking skuter dengan hanya 25% usaha; mod berjalan dan kusyen untuk lutut penunggang. Sebagai tambahan, wangian yang boleh diisi semula ditempatkan di bahagian tempat simpan barang. Bercakap tentang hal ini, Gogoro berkata, ia seperti sebuah oasis. Kapsul wangian boleh diisi semla ini membantu untuk mengubah mood dan memberikan fokus kembali kepada diri sendiri.

Delight diperolehi daripada Gogoro 2 Series. Gogoro telah menjual 2 Delight di pasaran UK tetapi tidak didatangkan dengan pasaran wanita yang sama. Namun di Taiwan, Delight 2 Series yang asas bermaksud, penunggang boleh mengharapkan jarak perjalanan sejauh 93-batu, 8.6hp dan juga kelajuan tertinggi sekitar 30mph.

Sumber : Visordown