Penganjuran Kali Keempat Yang Lebih Padat


Boon Siew Honda dengan kerjasama Honda Group telah menganjurkan Honda Asian Journey 2019 yang berlangsung dari 31 Oktober sehingga 3 November yang lalu. Honda Asian Journey ini telah memasuki tahun keempat berturut-turut diadakan di Malaysia dan disertai para peserta dari Malaysia (13), Thailand (14), Vietnam (10), Indonesia (24), Filipina (10) dan India.

Diselaraskan oleh Nor Azam Nordin dari BSH (Batu Kawan) bersama PDRM yang diwakili oleh Dato Nazri, Timbalan Pengarah JSPT Bkt Aman, Tuan Irwan, Tuan Munir, Isp. Azmi JSPT KL, Insp Hafiz JSPT Bukit Aman Zon 3. Penganjuran kali keempat HAJ ini, pihak Pilot Escort Motorsport mendapat kerjasama dan tajaan dari NHK (Racing Sdn. Bhd. – Puchong), RKM Malaysia (En. Chris), dan Koyoko (En. Koh) untuk kegunaan Team Marshal dan video runner dalam menjaga keselamatan konvoi HAJ 2019 ini.

Bagi makluman, penganjur telah menggunakan Honda CBR yang bertujuan untuk menguji ketahanan serta kualiti siri ini sepanjang konvoi. Menurut Tuan Keiichi Yasuda, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Honda CBR Series menyediakan platform untuk Honda mengeluarkan motosikal yang cemerlang dengan ketangkasan serta kuasa yang seimbang.

Antara lokasi yang dikunjungi konvoi HAJ 2019 ini termasuk Melaka, singgah makan di Pasir Penambang, Kuala Selangor, Genting Highland, KLCC dan Putrajaya. Para peserta juga berpeluang bertemu para pelumba GP di Hotel Sama Sama KLIA untuk HSJ Racing Night. Seterusnya, para peserta ke MAEPS untuk berkonvoi ke Litar Antarabangsa Sepang yang turut disertai seramai 300 penunggang motosikal tempatan.