MForce terus mengorak langkah dengan pembukaan satu lagi Mforce SmartShop di Pusing, tidak jauh dari ibu negeri Perak, Ipoh.
Terdahulu, MForce SmartShop telah membuat penampilan sulung apabila membuka MForce SmartShop Sin Lean Huat di Kamunting, Taiping baru-baru ini. Kedai Motor Yoon Loi merupakan MForce Smart Shop ke-2 di negeri terbabit dan merupakan antara kedai motosikal yang diterima baik dan cukup popular bagi masyarakat di Pusing dan sekitar Ipoh.
Terletak di Taman Ria 1, Pusing, MForce SmartShop Yoon Loi mempunyai pengalaman selama 45 tahun dalam perniagaan jualan dan penyelenggaraan motosikal untuk masyarakat setempat.
Untuk makluman, MForce SmartShop merupakan pusat sehenti (4S) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan lengkap untuk motosikal, termasuk penjualan model baharu, alat ganti tulen, aksesori, dan penyelenggaraan.
MForce SmartShop di Pusing turut merupakan pengedar sah yang membawa jenama popular di bawah naungan MForce seperti SYM, Benelli, Wmoto, QJMOTOR, Keeway, SM Sport, CFMOTO dan Brixton.
Antara fasiliti dan perkhidmatan utama yang disediakan di premis ini merangkumi jualan motosikal. Menawarkan motosikal baharu (dari kapcai hingga superbike 1000cc), servis dan penyelenggaraan, tuntutan waranti, alat ganti dan aksesori serta urusan seperti perlindungan insurans dan cukai jalan.
Turut disediakan adalah pelbagai topi keledar dan kasut riding jenama LS2 dan juga minyak enjin MForce Oil yang dikuasakan oleh Petronas.
Mereka yang berminat boleh kunjungi bilik pameran Mforce SmartShop, Kedai Motor Yoon Loi di Alamat 1&2 Jalan Ria 1, Taman Ria 1 31550 Pusing, Perak.