Peluang Untuk Peminat Kejuaraan Cub Prix Memenangi Hadiah Menarik Termasuk 8 Buah Motosikal

Walaupun berlangsung tanpa kehadiran penonton, siri kejuaraan yang telah tertangguh lebih 5 bulan pada musim ini akibat Covid-19 bakal kembali menyambung aksi di Litar Sepang Utara dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh peminat Cub Prix.

Sebanyak 8 buah motosikal dan pelbagai hadiah menarik bernilai RM100,000 untuk dimenangi menerusi peraduan ’Siapa Punya Motor?’ Peraduan ini memberi peluang kepada para peminat Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang akan bermula Pusingan 3 & 4 pada 18 dan 19 September 2021.

4 buah motosikal Honda RS150R sumbangan Boon Siew Honda dan 4 buah Yamaha Y15ZR sumbangan Hong Leong Yamaha sedia untuk dimenangi bagi baki 8 pusingan musim ini. Setiap pusingan akan menawarkan sebuah motosikal sebagai hadiah utama disamping pelbagai hadiah menarik sumbangan Racing Boy, UMA Racing, Corsa, ARC, RKM, SCK, KYT, FDR, Maxxis dan Presa untuk dimenangi.

Penyertaan adalah percuma dan penonton hanya perlu menghantar kod rahsia, 5 soalan dan satu slogan di pautan yang akan diberikan ketika siaran langsung perlumbaan. Kod rahsia akan diselitkan dalam hantaran di rangkaian media sosial Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS manakala 5 soalan akan diberikan ketika siaran langsung perlumbaan.

Penerangan lanjut penyertaan boleh dicapai di https://www.facebook.com/watch/?v=970364880363670