Setelah berbulan-bulan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sekali gus berjaya melandaikan keluk jangkitan Covid-19, kini rakyat Malaysia dijangka akan kembali ke rutin harian dengan mengamalkan norma baharu. Di kesempatan ini, pihak Shell ingin memberikan ganjaran kepada para pelanggan dengan empat tawaran istimewa yang disediakan di setiap stesen Shell seluruh negara.
Pada April 2020, Shell telah menjalankan kempen sosial media untuk memahami apa yang sangat dirindui oleh kebanyakan rakyat Malaysia sepanjang berlangsungnya tempoh PKP. Beribu rakyat Malaysia berkongsi tentang perasaan dan apa yang sangat dirindui mereka termasuk pulang ke kampung beraya bersama keluarga, membawa anak-anak keluar berjalan-jalan, menggesek kad bank dan juga aroma kek-kek dan roti.
Justeru itu, Shell telah menjalankan kempen #AkuRindu dengan memberikan 4 tawaran istimewa yang sangat dirindui oleh Malaysia dan dalam masa yang sama, memberikan ganjaran tambahan untuk membantu mereka di sepanjang perjalanan.
Menurut pengarah urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata bahawa Covid-19 merupakan ujian untuk setiap orang, memberi kesan kepada pelbagai aspek termasuk kesihatan, gaya hidup, perjalanan dan paling penting keberterusan hidup. Kini, negara sedang menuju ke arah pemulihan dan rakyat Malaysia kembali kepada kehidupan biasa dengan mengamalkan norma-norma baharu.
Pihak Shell mengucapkan selamat kembali kepada semua dan menawarkan tawaran beberapa tawaran istimewa yang boleh didapati di setiap stesen Shell di seluruh negara untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka. Kempen #AkuRindu ini diharapkan dapat membantu para pelanggan memperbaharui serta memungut nilai tambahan agar membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke mana-mana juga destinasi yang dituju.
Kempen #AkuRindu ini berlangsung selama 4 hari di seluruh negara bermula dari hari Isnin sehingga Khamis (1 – 4 Jun). Kunjungi stesen Shell berhampiran anda dan nikmati 4 ganjaran berikut;
Isnin, 1 Jun 2020
5X BonusLink poin dengan menggesek kad BonusLink dan membeli mana-mana minyak Shell. Setiap liter (1L), pelanggan akan menerima 5 poin BonusLink.
Selasa, 2 Jun 2020
Nikmati diskaun 50% dengan pembelian mana-mana minyak Shell Advance AX7 Motorcycle Oil (1L). Harga sebelum diskaun adalah RM33.00 sehingga RM34.90 seliter. Terhad kepada 10 pelanggan pertama di setiap stesen minyak Shell.
Rabu, 3 June dan Khamis, 4 Jun 2020
Dua hari berturut-turut, pelanggan boleh membeli sama ada ais krim Cornetto (vanilla atau Coklat) atau Goodday Milk (Coklat atau Penuh Krim, 250mL) hanya untuk RM1.00 setiap satu di Shell Select di seluruh negara, sementara stok masih ada. Harga asal sebelum diskaun ini adalah RM2.00. Selain itu, para pelanggan juga boleh menikmati tawaran Beli 1 Percuma 1 di setiap Deli2go untuk Hexagon Doughnut Deli2Go (semenanjung Malaysia – Harga Asal RM2.90 setiap satu) dan Sardin Puff Deli2Go (Sabah dan Sarawak – Harga Asal RM4.00 setiap satu) sementara stok masih ada.