Sebelum ini, Aveta telah mengeluarkan beberapa model termasuk Ranger 110 dan kini kembali memenuhi permintaan domestik dengan harga mampu milik iaitu VS110. Baru dilancarkan, VS110 dijual pada harga RM3,588 (termasuk insurans).
Dikuasakan dengan enjin sejukan udara empat lejang satu silinder berkuasa maksimum 6.5hp pada 8,000rpm dan tork maksimum 6.8Nm pada 6,000rpm. Model ini dipadankan bersama transmisi 4-kelajuan. Selain itu, kapasiti tangki minyak adalah empat liter dengan berat motosikal hanya 83kg sahaja.
Bagi makluman, ia adalah model pertama yang diperkenalkan oleh Aveta pada tahun ini dan beberapa model baharu lain akan menyusul kemudian. Terdahulu, Aveta telah mengeluarkan model-model dari segmen yang sama iaitu DY90, RX110 dan Ranger 110. Kesemuanya dipasangkan di kilang Aveta yang berlokasi di Bukit Raja di Klang.