Panggilan Semula Yamaha NVX 155

Panggilan Semula Yamaha NVX 155

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini melancarkan kempen panggilan semula untuk skuter Yamaha NVX 155. Pengumuman yang dibuat menerusi laman Facebook rasmi itu adalah untuk menggantikan suis lampu brek hadapan.

Harus tahu bahawa masalah itu bukan hanya berlaku di Malaysia. Pada awal tahun lalu, recall yang sama turut dilakukan di Indonesia. Program recall tersebut akan dijalankan di beberapa buah negeri secara berperingkat-peringkat. HLYM akan menghantar notis kepada pelanggan yang terlibat mulai pertengahan bulan ini.

Pelanggan diminta menghubungi pengedar atau cawangan HLYM untuk membuat temu janji dan menukar komponen berkaitan.

Walaupun komponen itu belum, pelanggan masih boleh menggunakan motosikal seperti biasa dan perlu mengikuti arahan yang ada di dalam buku manual.

Senarai dengan nombor kerangka yang terjejas adalah seperti berikut:

Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ