Morbidelli Raih Podium
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Franco Morbidelli akhirnya menamatkan kemarau podium sejak 2018 selepas merangkul tempat kedua pada perlumbaan MotoGP Dunia di Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brono, hari ini. Pelumba Itali berusia 25 tahun itu, yang memulakan saingan di petak ketiga, dipintas oleh pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder pada pusingan ke-12 sebelum mengekalkan kedudukan pendahulu untuk merangkul kejuaraan sulung musim ini.
Sementara itu, impian rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Quartararo, yang menjuarai GP Sepanyol dan GP Andalucia di Litar Jerez, bulan lalu, untuk mencipta kemenangan hatrik tidak kesampaian apabila hanya mampu menduduki tempat ketujuh daripada 18 pelumba. Beliau menamatkan perlumbaan 21 pusingan itu dengan catatan masa 41’50.591s. Perlumbaan seterusnya ialah GP Austria di Litar Red Bull Racing di Speilberg, Austria dari 14 hingga 16 Ogos ini. — BERNAMA