Model Terbaharu Xdiavel Dan Scrambler Tahun 2021

Sebelum menutup tirai tahun 2020, Ducati dikatakan sedang sibuk dan berita terakhir atau terbaharu dari pengeluar motor Itali ini adalah motor Multistrada V4 yang diperkenalkan baru-baru ini. Namun, ada lagi berita baharu tetapi kali ini dari Xdiavel dan juga Scrambler.

Varian terbaharu dari dua famili motosikal Ducati ini menyasarkan untuk perancangan model tahun akan datang. Selain visual yang telah dipertingkatkan, terdapat juga beberapa modifikasi lain yang diberikan kepada motosikal ini untuk meningkatkan lagi kuasa dan dalam masa yang sama mematuhi standard.

Misalnya Xdiavel yang dikatakan akan muncul dengan dua model terbaharu. Model pertama, didatangkan dengan semua kelengkapan berwarna hitam termasuk bahagian komponen mekanikal. Ini diikuti dengan Black Star, model yang diinspirasikan dari kereta sport dunia dan matt grey, hitam serta warna ikonik Ducati iaitu merah. Bersama barisan motor yang lain, model terbaharu ini mempunyai kuasa lebih 8 hp berbanding yang sebelumnya dan enjinnya mematuhi Euro 5.

Manakala untuk famili Scrambler pula memperkenalkan model Nightshift yang diinspirasikan dari dunia metropolitan. Perbezaan utama adalah pemegang bar yang lurus dan sempit bersama cermin cafe racer, mudguard belakang dan juga pelana dua tempat duduk yang baharu. Semua model Scrambler juga mematuhi Euro 5.

Rancangan Ducati untuk mengeluarkan model terbaharu ini dijangkakan siap di penghujung bulan Januari tahun 2021. Bermula dengan Xdiavel Dark (sudah pun berada di pasaran) dan akan diakhiri dengan Scrambler Icon. Pelancaran Nightshift dijadualkan pada bulan Disember ini selepas Black Star yang dijangkakan pada penghujung bulan ini.

Sumber : Autoevolution