Saat-saat yang ditunggukan sudah tiba. KTM 1290 Super Adventure S tahun 2022 akhirnya dilancarkan di Malaysia.
KTM mahu kekal di hadapan daripada segi motosikal “adventure” (kembara) yang paling maju dengan model terbaharu ini. Jika model 1290 Super Adventure S sebelum ini sudah sangat maju di segi teknologi, model 2022 ini ternyata lebih maju lagi dan menjadikannya model adventure yang paling berteknologi tinggi di dalam kelasnya.
– Kedudukan penunggang yang diperhalusi melalui rekabentuk tangki, pelana duduk yang lebih rendah, serta lengan ayun yang lebih panjang.
Selain daripada ciri-ciri yang tertera di atas, model baharu ini juga meletakkan sebahagian tangki petrolnya di sisi bahagian bawah enjin bagi memberikan lebih banyak kesimbangan dan kestabilan. Ciri ini mula dimulakan pada model KTM 790 Adventure. Selain daripada itu, penggunaan kerangka belakang yang baharu itu memberikan ruang simpanan barang yang besar di bawah pelana duduk pembonceng.