Damok atau nama sebenarnya Syarifuddin Azman bakal berentap di Kejohanan Motosikal Dunia bersama pasukan Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto3 di Grand Prix Aragon. Beliau yang memenangi pusingan perlumbaan FIM CEV di Barcelona pada Jun lalu, ternyata teruja dan gembira dengan peluang yang diberikan itu.
Sayarifuddin dipilih untuk menggantikan tempat John McPhee yang diberi peluang beraksi di Moto2 selepas Jaxe Dixon terus diberi peluang beraksi di kelas perdana, MotoGP. Pemilihan Damok untuk beraksi di perlumbaan berprestij dunia ini sudah dapat dijangkakan ekorang prestasi positif yang dipamerkan sepanjang musim ini.
“Saya sangat teruja untuk beraksi di Kejohanan Dunia Moto3 dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada Petronas Sepang Racing Team kerana memberi peluang ini.”
“Ia peluang yang sangat berharga yang tidak selalu berlaku. Saya akan bekerja keras untuk memberikan yang terbaik pada hari perlumbaan,” katanya.
Damok akan beraksi bersama-sama Darryn Binder dalam saingan Moto3 di Aragon manakala McPhee bersama-sama Xavi Vierge di kelas Moto2.
Sumber : Hmetro / Facebook