Buat kali kedua, Castrol Malaysia akan menerbangkan seorang rakyat Malaysia yang bertuah menyaksikan perlawanan English Premier League (EPL) secara langsung.
Menerusi kempen Castrol Power 1 Ultimate Goal!, Castrol Malaysia akan menangung segala pembelanjaan rakyat Malaysia bertuah selama 5 hari termasuk tiket perlawanan EPL.
Apa yang perlu anda lakukan adalah membeli pek minyak hitam Castrol Power 1 Ultimate dan melengkapkan soalan yang diberi untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini.
“Pembelian minyak Castrol melayakkan anda menyertai peraduan Castrol Power 1 Ultimate Goal”.
“Terdapat pelbagai hadiah lumayan dalam peraduan ini termasuk tiket menyaksikan satu perlawanan berprestij tinggi,” ujar Ong Xia Shien, Pengurus Jenama & Produk – Motosikal BP Castrol Lubricant (Malaysia).
Ong yang ditemui pada Majlis Street Festival di Sentul berkata selain hadiah utama itu, pelbagai hadiah menarik seperti sebuah jentera Yamaha R15M dan telephone pintar iPhone 13 Pro Max juga terdapat cabutan hadiah bertuah pada setiap bulan.
“Selain hadiah-hadiah utama, Castrol Power 1 Ultimate Goal turut menawarkan hadiah bulan berupa telefon pintar jenama Oppo Renno 8 dan jam tangan jenama Casio G-Shock setiap bulan, ujarnya lagi.