Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Melayani Kerenah Si Lajen Honda C86

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-03
in SHOW OFF, UTAMA
0

Melayani Kerenah Si Lajen Honda C86

Tidak ramai yang sanggup untuk membaik pulih sesebuah jentera lama. Apatah lagi, model yang ingin dibaikpulih semakin pupus ditelan zaman. Namun, bagi pengusaha stesen minyak di utara Semenanjung, melayani kerenah ‘si lajen’ sesuatu yang cukup istimewa bagi dirinya.

Pemilik motosikal Honda C86 keluaran tahun 1979, Mohamad Niekmat Bin Ariffin percaya kemuncak bagi pemilik atau penunggang motosikal adalah apabila ‘dipaksa’ melayan jentera lama atau motosikal rare di kalangan pengguna motosikal hari ini.

Mengakui dirinya meminati motosikal sejak di bangku sekolah lagi dan sudah bermain dengan jentera dua roda selepas diberi amanah oleh orang tua berulang-alik ke sekolah. Bermula dengan motosikal model Honda EX5 kemudian menaiki Yamaha 125Z hingga ke Tingkatan 5.

Bercakap mengenai Honda C86 yang siap dimodifikasi, Niekmat mula mengenali motor tersebut melalui carian dan maklumat di laman sesawang.

“Ketika itu saya sebenarnya mencari honda C70 GBO (Honda Petak) namun maklumat mengenai C86 yang timbul. Kebetulan pula rakan FB, turut memuat naik dan berkongsi gambar lama C86 yang dimiliki oleh bapanya seorang pesara polis berpangkat Sarjan.

“Tanpa banyak soal, saya menghubungi pemilik untuk bertanyakan status motosikal terbabit dan lokasi kediamannya.

“Bermula dari perjumpaan untuk melihat dan menguji pandu motosikal tersebut saya telah bersetuju untuk membeli pada harga yang ditetapkan. Jualan itu juga turut membantu rakan saya untuk memiliki jentera idamannya Honda RS150,” ujar Niekmat yang kini mengusahakan stesen minyak milik keluarganya di Changloon, Kedah.

Untuk makluman, model C86 atau juga dikenali dengan nama Honda Cub 86 merupakan salah satu motosikal dari siri Cub dan mula menempatkan diri dalam aliran automotif tanah air di era 1980-an. Honda C86 merupakan ahli keluarga Honda Super Cub ini menjadi embrio bagi perkembangan DNA motor jenis itu dari Honda. Ia juga merupakan kesinambungan yang bermula dari legasi C50 hingga C90.

“Alhamdulillah…model C86 yang saya mahukan itu berada pada kedudukan yang agak baik. Cuma hanya bahagian tempat letak bateri agak berkarat akibat tumpahan air bateri.

“Saya juga memilih untuk strip-down motosikal tersebut dan mengirimkan beberapa bahagian badan motosikal ke Hatyai bersama motor C70 rakan untuk proses sand blasting, kerja-kerja penampalan dan juga mengecat semula.

“Kebanyakan alat-alat ganti bagi barangan asal Honda masih boleh didapati di sana (Thailand) dengan mudah dan harganya juga murah. Untuk pembaikan Honda C86 di sana, ia menelan belanja sekitar 10000baht (lebih kurang RM1400)” cerita Niekmat lagi.

Sekembalinya di Malaysia saya menghantar jentera ini untuk proses naiktaraf di Wira Motor yang beroperasi di Jitra, Kedah. Prosesnya pula mengambil masa lebih kurang 6 bulan.

“Memang agak lama memandangkan proses mencari alat ganti yang asli selain mahu bermutu tinggi saya terpaksa bersabar sedikit bagi memberikan C86 satu sentuhan yang mantap di peringkat akhir,” ujar Niekmat mengimbau kembali proses baik pulih tersebut.

Pada akhir Februari lepas, baru jentera C86 Niekmat siap sepenuhnya namun dek kekangan masa dan isu wabak Covic-19 yang melanda seluruh dunia, pengambilan motosikal itu tertangguh sehingga awal Mei lepas. Menurut Niekmat, jentera C86 miliknya kini bernafas baharu dengan enjin model EX5 disuntik sepenuhnya namun dirinya masih belum menguji sepenuhnya bagi perjalanan jarak jauh disebabkan kekangan masa dan sekatan perjalanan.

Bagaimanapun, beberapa komponen lama termasuk enjin asal masih disimpan sekali pun fungsinya tidak lagi digunakan ketika ini.

Bercerita perihal hobi modifkasikan jentera motosikal, sebenarnya ia telah bermula sejak dia melanjutkan pelajaran di peringkat universiti satu ketika dahulu. Malah minat Niekmat semakin bercambah. Di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika itu, Niekmat lebih bernafsu melayani jentera dari jenis talisawat atau skuter bermula dari jenis Suzuki VR125 dan VS150.

Bermula dari situ, minat untuk modifikasi dan make-up semakin bercambah dan ia agak mudah tambahan di tempat dia belajar berdekatan dengan kedai motosikal milik pasukan SCK (pasukan cub prix) dan penyemburan airbrush di Taymen Airbrushing.

Sebaik menamatkan pengajian, motosikal Yamaha LC135 pula menjadi mangsa untuk kerja-kerja modifikasi yang menjadi hobinya. Bukan itu sahaja, Niekmat juga turut memiliki barisan jentera moden yang sudah siap dimodifikasi setakat ini.

“Pada tahun 2014 selepas berpindah dari ibukota untuk kembali ke kampung halaman di Kedah, hobi modifikasi saya bermula dengan jentera Yamaha Y15ZR. Mungkin disebabkan rekabentuk, pujaan anak muda dan pengaruh rakan sebaya.

“Seperti biasa, modifikasi lengkap termasuk enjin di naik taraf dari blok 65mm kepala bersaiz 2225 jack 4mm dan padanan dengan coverset dari negara Indonesia. Bermula dengan Y15 saya berjinak-jinak pula dengan aktiviti konvoi jarak jauh ke Pantai Timur, Cameron Highland dan ke Thailand (Krabi dan Kok Samui) dan menyaksikan lebih banyak pengaruh modifikasi dari pemilik lain.

“Kemudian saya beralih ke model Yamaha Nmax 155 (jenis talisawat atau skuter) yang masih saya simpan hingga sekarang. Tumpuan diberikan untuk model ini hanya terarah kepada modifikasi pulley gear dan auto. Manakala bagi menjelmakan nafas yang lebih segar, saya memilih coverset dari Thailand untuk dipadankan dengan model Nmax ini,” ujar Niekmat yang kini sudah memiliki 5 koleksi pelbagai motosikal yang telah dimodifikasi.

Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Spesifikasi
Jentera : Honda C86 (1979)
Nama : Mohamad Niekmat Bin Ariffin
IG : Nickmat ‘Amat’
Tarikh Lahir :14 Mei 1983
Tempat Lahir : Alor Setar
Kelulusan : Bachelor In Education (TESL) dan Master In Human Resource Management (MHRM)
Kerjaya : Pengurus Stesen Minyak di Shell Lebuhraya Bukit Kayu Hitam
Keluarga : 3 orang anak perempuan
Tempat tinggal terkini : Changloon Kedah

Jentera Lain Yang Di Miliki :
Honda C86
YAMAHA Nmax 155 (Thai look)
Suzuki Shogun 125
Vespa Small Frame (bernadi enjin PX150)
Vespa VBB (Jobot) tahun 1966
Modifikasi Honda C86
Tahun : 1979
Pendaftaran : 2 Ogos 1979
Enjin : Honda EX5 Dream (spec 53mm)
Kapasiti Enjin : 86cc
Ekzos : Kustom (Wira Motor)
Transmisi : 3-kelajuan
Suspensi : YSS (Belakang) Standard (Depan)
Brek : Standard
Tayar : TT100 70/90 (depan), 80/90 (belakang)
Roda : Honda EX5 Dream F1 110cc
Bengkel Motor : Wira Motor, Jitra, Kedah
Kos Keseluruhan : RM4500
Bakul Depan : Honda Supercub (original)
Pendikit Minyak & Suis Lampu : Honda GBO
Karburator : Honda Wave 125
Sistem Pendawaian : EX5 Dream
Komponen Asal Sediada: Lampu Isyarat, Lampu Dada, Lampu Belakang dan Meter

Previous Post

Kembara Sejuk VF3i LE Ipoh Crew 2020

Next Post

Twister White Scooter Clan (Twister)

Next Post

Twister White Scooter Clan (Twister)

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved