Mega Gathering ZX6R & ZX10R Malaysia – Singapura 2019

Royale Chulan KL telah menjadi lokasi berlangsungnya Mega Gathering kali ke-4 yang diadakan pada 6 April lalu. Bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara ahli-ahli kelab Malaysia dan Selangor, program ini menghimpunkan serama 200 orang ahli termasuk dari utara hingga selatan serta Singapura.

Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2011 dengan keahlian seramai 500 orang. Dalam masa yang sama, ahli-ahli kelab telah membuat kutipan amal untuk anak-anak yatim dan berjaya mengumpul sebanyak sebanyak RM1500. Jumlah ini akan diserahkan dan diagihkan ke rumah kebajikan sebelum bulan puasa tahun ini.

* Sekiranya anda berminat untuk menyertai Club ZX6R & ZX10R, dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi En. Khir Johari Bin Jamaludin (014-2323305) dan Joe Ira (FB) atau layari FB ZX6R ZX10R MALAYSIA.