Penganjuran MotoGP di Malaysia sehingga tahun 2031 bukan sahaja menjana impak ekonomi yang besar kepada negara, malah secara tidak langsung turut mengukuhkan sektor pelancongan dan pembangunan bakat dalam sukan permotoran tanahair.
Tidak terhenti di situ sahaja, beberapa komponen motosikal turut mendapat manfaat yang besar dengan penganjuran sukan itu. Sebagai contoh dunia kejuruteraan serta teknologi automotif tempatan, turut mendapat manfaat dari perlumbaan terbabit.
Antara jenama tempatan yang mendapat respons positif dari pentas perlumbaan dunia itu adalah jenama SOLFILI. Jenama komponen dan aksesori motosikal tempatan di bawah naungan MKA Group, turut memperkenalkan inovasi terbaharunya, Mass Damper jenama Solfili bersempena PETRONAS Grand Prix Malaysia 2026 baru-baru ini.
Menariknya, pelancaran produk terbabit dimeriahkan dengan kehadiran khas pelumba Moto2 dari Itali, Tony Arbolino sekali gus membuktikan bahawa jenama dan produk tempatan semakin diiktiraf oleh pihak luar malah diakui keberkesanan produk terbabit di atas jalan raya.
Direka khusus untuk Yamaha NVX155 V1 hingga V3, Mass Damper Solfili bertujuan mengurangkan getaran motosikal bagi memberikan pengalaman tunggangan yang lebih lancar, stabil dan selesa, khususnya untuk kegunaan harian.
Produk ini berfungsi mengurangkan getaran yang berpunca daripada enjin, permukaan jalan raya dan komponen motosikal. Pengurangan getaran tersebut dapat meningkatkan keselesaan penunggang, terutamanya pada bahagian hendal dan pemijak kaki, sekali gus mengurangkan rasa kebas serta ketidakselesaan ketika perjalanan jauh atau dalam kesesakan lalu lintas.
Teknologi Mass Damper turut digunakan oleh beberapa pasukan MotoGP dalam memperkenalkan teknologi ini untuk keselesaan tunggangan harian. Mass Damper ini turut dilengkapi pendakap pemasangan khas pada bahagian hadapan dan belakang, yang direka mengikut struktur Yamaha NVX155 V1 hingga V3 bagi memastikan pemasangan yang sesuai dengan casis motosikal.
Pelancaran Mass Damper Solfili sempena Grand Prix Malaysia 2026 mencerminkan komitmen Solfili dalam memperkenalkan inovasi dan teknologi yang memberi manfaat kepada penunggang motosikal, khususnya dari segi keselesaan dan prestasi tunggangan harian.
Mass Damper Solfili akan dipasarkan melalui platform jualan dalam talian rasmi serta pengedar sah di seluruh negara. Pelanggan juga boleh mengunjungi pengedar sah berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan pemasangannya.
Solfili akan terus komited dalam membangunkan komponen dan aksesori motosikal yang berkualiti, praktikal dan memenuhi keperluan penunggang.