Sebelum perlaksanaan semula PKP baru-baru ini di kebanyakan tempat, pelbagai program berbuka puasa sempat diadakan. Antara yang berpeluang menganjurkan majlis berbuka puasa ini adalah Jerejak Crew yang diadakan pada 2 Mei yang lalu. Bertempat di Hotel Raia Tabung Haji di Bayan Lepas, Majlis Berbuka Puasa Jerejak Crew ini dihadiri seramai 35 orang.
Roadstar turut berbesar hati kerana turut menerima undangan dan telah diwakilkan oleh wakil Roadstar di bahagian utara Malaysia sekaligus memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ini. Selain berbuka puasa, majlis diserikan lagi dengan acara memotong kek hari lahir salah seorang ahli Jerejak Crew yang menyambut hari lahirnya.
Majlis berbuka puasa ini berjalan lancar dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Malah, pihak hotel turut memantau sepanjang program berlangsung. Majlis menutup tirai dan berakhir sekitar pukul 10 malam.
Perkongsian : Pak Art