Kumpul mata ganjaran BonusLink, Di Semua Stesen Shell Seluruh Negara

Shell Malaysia dan BonusLink mengumumkan ganjaran Ektra dan program untuk pengguna setia bermula 1 Julai lalu. Program ganjaran konsumer pertama di Malaysia dengan lebih 14.9juta keahlian di seluruh negara yang kini menampilkan 4-struktur bahagian; Member, Silver, Gold dan Platinum – dengan mata ganjaran diperolehi di Shell akan meningkatkan ganjaran keahlian.

Tidak kira samada anda mengisi petrol atau sekadar membeli makanan, pelanggan boleh meningkatkan koleksi mata ganjaran BonusLink di Shell dengan menggunakan kad BonusLink atau aplikasi BLINK. Ahli berpeluang menikmati ganjaran eksklusif dan pelbagai kelebihan lain sehingga 3 kali ganda mata ganjaran BonusLink di Deli2Go dan promo Upsize Coffee, diskaun untuk semua produk Shell dan macam-macam lagi.

Mantapkan ganjaran ekstra di stesen Shell berhampiran dan tingkatkan mata BonusLink bermula hari ini. Pengguna baru boleh mendaftar untuk BonusLink di mana-mana stesen Shell di seluruh negara atau muat turun aplikasi BLINK.